Bakal Madu Datang Serang Dekat Rumah, Adik Nur Nilam Naik Angin - “Dah Suruh Buat Report Polis Tapi…”
Adik kepada pelakon Nur Nilam Ortiz, yang dikenali sebagai Epul meluahkan rasa tidak puas hati selepas kakaknya didakwa diserang oleh bakal madu di rumah mereka baru-baru ini.
“Ada seorang perempuan gila datang rumah serang kakak aku. Aku geram s*al. Aku rasa semua tahu fasal kes kakak aku, Nur Nilam dengan Azlan Komeng.
“Perempuan tu terpacak dengan rumah nak serang kakak. Nasib baik ketika itu aku dan abang Azlan ada di rumah. Aku dah cakap dengan kakak pergi buat laporan polis, tapi abang Azlan tahan. Kalau ikutkan hati aku, ini (tunjuk penumbuk) dah pergi singgah muka dia,” katanya
Epul juga menegaskan bahawa pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan peribadi kakaknya dan Azlan.
“Aku sebenarnya tak suka masuk campur urusan kakak dan abang Azlan, biar mereka selesaikan sendiri hal mereka.
“Tapi aku ikut kemahuan abang Azlan untuk pujuk kakak, aku turutkan sahaja.
“Tapi kes serang datang rumah itu memang aku geram. Kepada perempuan itu, kalau aku jumpa kau dekat luar, memang ini (penumbuk) makan muka.
“Kalau ada barang dekat tangan, memang aku lempar dekat muka dia,” tambahnya.
Nilam sebelum ini turut mendedahkan suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.