Ramai mengetahui ketika ini pelakon jelita, Anzalna Nasir bersama keluarga sedang bercuti di Dubai.

Anzalna yang ditemani suami, Hanif Zaki bersama dua cahaya mata, Eidrees dan Emirhan sudah berada di negara timur tengah itu sejak minggu lalu.

Menerusi laman Instagram, aktres berusia 36 tahun itu tidak lokek berkongsi momen dia sekeluarga pergi melawat beberapa kawasan menarik di sana.

Antara lokasi menarik yang dikunjungi mereka termasuk taman bunga, padang pasir dan banyak lagi.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah satu perkongsian yang dimuat naik Anzalna di Instagram Stories mengenai suaminya.

Pada hantaran tersebut, Anzalna telah memuji ketampanan Hanif yang ketika itu sedang mendukung anak kedua mereka, Emirhan.

“Masya-Allah, habibi helok! Bergegar ova*i, hahahah,” tulisnya ringkas.

Untuk info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan Mohamad Eidrees, 3, serta Mohamad Emirhan, 9 bulan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.