Pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding disebut-sebut akan membintangi filem superhero G.I Joe.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, Golding adalah calon utama untuk membawakan watak Snakes Eyes dalam franchise terbaru filem itu.

Snake Eyes merupakan seorang komando ninja yang berpakaian serta hitam tanpa pernah bersuara dan menunjukkan mukanya.

Snake Eyes juga sangat handal berlawan dan sering menjayakan misi tempurnya secara solo.

Di laman sosial Twitter, peminat berkongsi pelbagai reaksi atas kesahihan desas-desus itu.Ada yang berpendapat anak kacukan Iban-Inggeris itu tidak sesuai membawakan watak itu kerana Snake Eyes nerupakan orang kaukasian yang dibesarkan oleh keluarga Jepun.

Malah, ada juga yang berpendapat bakat Golding seperti dipersia-siakan kerana watak Snake Eyes tidak bercakap dan memakai topeng hitam.

Syarikat penerbitan filem gergasi Paramount telah menghasilkan dua filem G.I Joe iaitu G.I Joe: The Rise of Cobra (2009) dan G.I Joe Retaliation (2013).

Terdahulu, pelakon akrobatik Ray Park melakonkan watak Snake Eyes untuk kedua-dua filem itu.