,
Hiburan

"Hentakan Terlalu Kuat & Kereta Diseret Ke Jalan Sebelah Kiri..." - Risteena Kongsi Detik Cemas Ketika Kemalangan

Zulaikha Yusof
17/09/2019
02:51 MYT
Pelakon Nur Risteena akui terkilan dengan keadaan ibunya, Che Bunga Salleh yang mengalami kecederaan selepa mereka sekeluarga terlibat dalam sebuah kemalangan pada Ahad lalu.
Menurut Risteena, ibunya akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat selepas pergelangan tangannya patah.
"Terima kasih kepada semua saudara mara, kawan-kawan, followers, wartawan, yang tak henti-henti call, message, comment bertanya tentang keadaan saya dan keluarga.
"Saya minta maaf tak dapat balas satu persatu. Tapi saya baca setiap satu comment yang saya terima dan juga WhatsApp dan DM.
"Alhamdulillah keadaan semua okay cuma saya terkilan bila pergelangan mama saya patah dan akan menjalani operation dalam masa terdekat.
"Keadaan ayah dan adik yang terhantuk kuat juga merisaukan saya, tapi Alhamdulillah tak ada yang serious.
"Keadaan saya Alhamdulillah okay. Cuma sedikit lebam kesan hentakan yang kuat dan masih dalam trauma untuk drive buat masa sekarang," tulisnya.
Dalam pada itu, Risteena turut berkongsi detik-detik cemas yang dihadapi mereka sekeluarga.
"Kejadian berlaku akibat kereta yang tiba-tiba datang dari arah depan kereta saya dengan secara melintang.
"Tak sempat langsung nak brek sebab dari jarak yang dah terlalu dekat. Terpaksa berlanggar.
"Hentakan terlalu kuat. Hanya mampu minimumkan perlanggaran. Walaupun kepala dah atas dashboard.
"Alhamdulillah berjaya mengawal stereng daripada masuk ke jalan sebelah yang melawan arus.
"Sehingga kereta diseret ke jalan sebelah kiri dan terhenti sendiri. Lepas kereta berhenti, saya make sure semua family saya turun dari kereta dulu dan duduk di tempat selamat.
"Masa tu rasa diri kuat bila tengok semua masih dalam keadaan sedar dan mampu berjalan sendiri.
"Lepas tu baru sedar tangan mama patah. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Tapi satu-satunya pilihan masa tu hanya untuk jadi kuat.
"Tak ada pilihan lain. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have," kongsinya.
Tambah pelakon drama Playboy Itu Suami Aku ini, dia menyifatkan tragedi yang menimpa itu tidak akan dapat dilupakan.
"Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Namun saya bersyukur pada Allah swt masih memelihara kami walaupun mengalami kemalangan yang agak teruk.
"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, memberi moral support. Allah je dapat balas jasa semua. Hati-hati di jalan raya," tulisnya lagi.
Ketika kemalangan terjadi di Jalan Tun Razak berhadapan Institut Jantung Negara (IJN), kakak kepada aktres Ruhainies bersama kedua ibu bapanya serta seorang lagi adik mereka, Nul Aiman baru sahaja pulang daripada menyambut hari jadi bapanya.

Terima kasih kepada semua saudara mara, kawan2, followers, wartawan, yang tak henti2 call, message, comment bertanya tentang keadaan saya dan keluarga. Saya minta maaf tak dapat balas satu persatu. Tapi saya baca setiap satu comment yang saya terima dan juga whatsapp dan DM. Alhamdulillah keadaan semua okay cuma saya terkilan bila pergelangan mama saya patah dan akan menjalani operation dalam masa terdekat Keadaan ayah dan adik yang terhantuk kuat juga merisaukan saya, tapi Alhamdulillah takde yang serious Keadaan saya Alhamdulillah okay. Cuma sedikit lebam kesan hentakan yang kuat dan masih dlm trauma untuk drive buat masa sekarang Kejadian berlaku akibat kereta yang tiba2 datang dari arah depan kereta saya dengan secara melintang. Tak sempat langsung nak brek sbb dari jarak yang dah terlalu dekat. Terpaksa berlanggar. Hentakan terlalu kuat. Hanya mampu minimum kan perlanggaran. Walaupun kepala dah atas dashboard. Alhamdulillah berjaya mengawal stereng daripada masuk ke jalan sebelah yang melawan arus. Sehingga kereta diseret ke jalan sebelah kiri dan terhenti sendiri. Lepas kereta berhenti, saya make sure semua family saya turun dari kereta dlu dan duduk di tempat selamat. Masa tu rasa diri kuat bila tengok semua masih dalam keadaan sedar dan mampu berjalan sendiri. Lepas tu baru sedar tangan mama patah. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Tapi satu2 nya pilihan masa tu hanya utk jadi kuat. Takde pilihan lain. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Namun saya bersyukur pada Allah swt masih memelihara kami walaupun mengalami kemalangan yang agak teruk. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, memberi moral support. Allah je dapat balas jasa semua. Hati-hati di jalan raya ❤️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

gempak
19/11/2024
09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.
Hiburan

Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

gempak
31/10/2024
12:55 MYT
Aktor yang popular dengan naskah Gantung itu berkata insiden itu banyak mengubah kehidupannya.
Berita

Kemalangan Maut: Empat Sekeluarga Dikebumi Dalam Dua Liang Lahad

gempak
26/10/2024
08:25 MYT
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Hiburan

Tiada Orang ‘Call’ & Mesej, Nur Nilam Halalkan Duit Yang Hilang Dicuri Ketika Kemalangan - “Sehingga Kini Saya Masih Belum…”

gempak
25/10/2024
07:54 MYT
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu aktres Nur Nilam Ortiz memilih untuk menghalalkan wang yang hilang sewaktu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lipis, Pahang pada minggu lalu.
Berita

4 Terkorban Nahas Pesawat Di Pulau Sulawesi

gempak
20/10/2024
08:25 MYT
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Unitar