Sukan
"Heri Bota Masuk Kedah?" - Ini Pemain Baru Kedah FA Mirip Aedy Ashraf, Jangan Duk Confuse!
Gara-gara mirip pelakon drama Heri Bota, Aedy Ashraf, pemain muda Kedah FA, Aiman Afif Md Afizul mengelirukan netizen.
Aiman mula menjadi perhatian selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memuat naik fotonya ketika sesi latihan tertutup di Stadium Darul Aman baru-baru ini.
Di ruangan komen akaun Facebook berkenaan, ramai yang menyamakan wajah Aiman Afif hampir seiras dengan Aedy.
"Job berlako dah tak ada. Try main bola pula," tulis Rastam Zack berseloroh.
"Kan aku dah kata aku ingat Tongki tu yang pakai baju Kedah. Harey betul tipah tertipu," tamba Mohd_Sanusi84
"Artis perempuan memerhati," seloroh @aizatkopagz.
Memetik laporan Harian Metro, nama Aiman semakin disebut dalam skuad Lang Merah sejak kemasukannya pada Disember tahun lalu dengan KFA mengikat kontrak jangka panjang pemain itu sehingga 2024 dengan klausa perlepasan dikatakan bernilai jutaan ringgit.
Aiman, 19, adalah pemain bakat muda Kedah berasal dari Jitra dan sudah beraksi dalam skuad Piala Presiden sebelum ini.
Dia dipanggil oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin untuk bersama skuad Lang Merah dalam perlawanan menentang Terengganu pada musim lalu.
Aiman yang kini berusia 19 tahun, turut mempamerkan prestasi cemerlang ketika mewakili skuad negara bawah 18 tahun (B-18) dalam saingan kelayakan AFC B-19 tahun lalu dimana dia menjaringkan tujuh gol dalam kejohanan itu.
Gempak masih cuba mendapatkan komen lanjut daripada Aiman dan Aedy sendiri.
Must-Watch Video