Juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu akui kekok apabila digandingkan bersama pelakon Elizabeth Tan dalam filem pertama mereka Mat Bond Malaya.

Disebabkan perkara itu juga, kata Naqiu dia dan Elizabeth jarang berkomunikasi di luar set sepanjang penggambaran filem itu sekitar dua tahun lalu.

"Bila diberitahu akan berlakon di samping Elizabeth, saya risau jika ada yang kata hero tidak sepadan heroin.

"Hero macam ni, heroin lawa betul! Itu realitinya orang memang nampak perkara itu.

"Kalau nak tahu, kami berdua tidak banyak bercakap di luar set, rasanya boleh dikira guna jarilah berapa kali je saya bersembang dengan dia.

"Tetapi apabila depan kamera, masing-masing profesional," katanya kepada Gempak.

Filem arahan sulung Nabil Ahmad itu selain menggandingkan Naqiu dan Elizabeth, ia turut menampilkan Riezman Khuzaimi dan Azri Iskandar.



Filem Mat Bond Malaya mengisahkan tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’.

Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr Ebel.

Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.

Saksikan filem Mat Bond Malaya yang telah berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 20 Julai 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook,Twitter Astro Shaw.