"Hey, Hang Ni Nak Makan Penampar Betul!" - Netizen Menyampah Tengok Puteri Aishah Dalam...

Kamaruddin Razal
Januari 10, 2019 17:06 MYT
Watak yang dilakonkan oleh aktres Puteri Aishah dalam drama bersiri Selafaz Cinta mengundang rasa geram netizen.
Membawakan karakter antagonis bernama Liza, rata-rata peminat meluahkan rasa marah di ruangan komen Instagram milik Puteri.
Liza menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Reza bersama Jannah yang dilakonkan oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin.
Sedang hangat ditayangkan di slot Tiara, Selafaz Cinta mendapat sambutan positif netizen yang menggemari drama bersiri terbabit.
Malah, drama bersiri terbitan Suhan Movies itu juga sering trending di laman sosial Twitter.
Selain Puteri, Saharul dan Syatilla, Selafaz Cinta turut dibintangi oleh Aqasha, Sharifah Sakinah, Fezrul Khan, Riz Amin dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Selafaz Cinta setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
#pelakon #Pelakon #Puteri Aishah #Selafaz Cinta