Hiburan
Hey What’s Up Guys… Khairul Aming Buat Comeback Dengan 30 Menu Sepanjang Ramadan!
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pastinya video masakan antara yang dinanti-nanti.
Antara yang tidak asing lagi di media sosial pastinya video masakan chef Instafamous, Khairul Aming.
Terbaru, Khairul telah memuat naik satu posting di Instagram bagi memaklumkan kandungan video terbaru yang bakal bermula Jumaat ini.
"Sila on notifikasi anda, beritahu semua jiran.
"Marilah bermasak bulan puasa ini. 30 hari 30 resepi," katanya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata peminat teruja dengan pengumuman berkenaan.
Kebanyakan mereka mengharapkan menu kali ini lebih menarik dan selain gaya penyampaian yang lebih kelakar.
Must-Watch Video