Pelakon Ben Amir mengundang tanda tanya wargamaya apabila memuat naik sekeping foto berambut pendek.

Menerusi laman Instagram miliknya, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 29, berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“Hi short hair, it’s been awhile,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi foto tersebut, Ben tampil segak mengenakan blazer berona biru gelap tanpa baju di dalam, menampakkan dadanya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejut dengan perubahan drastik Ben yang sebelum ini digilai kerana rambut panjangnya.

Hi short hair. It’s been awhile.

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Malah, ramai peminatnya yang mendakwa rambut pendek itu hanyalah sekadar foto imbas kembali.

“Adoi, jambu dah!” ujar seorang wargamaya.

“Rindu rambut pendeklah tu, hamboi lupa pakai baju dalam ni. Ada yang curi ke?” tanya seorang wargamaya.

“Handsome tapi rambut panjang lagi handsome,” komen seorang wargamaya.

“Oh no, ni gambar lama kan? You throwback kan?” tanya seorang wargamaya.

Foto tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada wargamaya biarpun baru baru satu jam dimuat naik.

Terdahulu, nama Ben menjadi perhatian kerana rambut panjangnya yang dikatakan menyerupai watak dalam anime Jepun.