Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hiburkan Si Mati, Tayangan Filem Di Tanah Perkuburan Diadakan Di Thailand

Gempak
08/07/2024 12:55 MYT
Selalu kita menyaksikan orang awam datang ke panggung wayang untuk bersantai dan berhibur.

Namun, pernahkah anda mendengar kisah tayangan filem diadakan untuk orang yang telah meninggal dunia?

Memetik laporan South China Morning Post, tayangan filem untuk si mati diadakan di tempat persemadian wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand yang menempatkan 2,800 kubur yang diletakan barisan kerusi kosong untuk roh duduk dan menontonnya.

Memperingati roh

Kebanyakkan kubur di tempat persemadian itu dimiliki oleh individu dari keturunan China yang meninggal dunia di Thailand. Disebabkan itu, mereka membuat tayangan filem ini untuk memperingati roh si mati.

Dihadiri oleh empat orang pekerja sahaja, tayangan filem mula ditayangkan dari pukul 7 sehingga tengah malam pada setiap hari bermula 2 hingga 6 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Mahasiswa Diganggu Roh Tak Aman Ketika Bercuti!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Ingat Artis Ni Binatang Ke? Najis Mughallazah?” - Hattan Kecewa Ustazah TikTok Kritik Artis Bukan Muhrim Bersentuhan & Bersalaman

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Jangan Hina Kami!" - Aishah Kesal Ustazah Viral Dakwa Bersalam Dengan Artis Boleh Hilang Roh & Jiwa

ARTIKEL BERKAITAN: Layan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak? Sempoi Weh, Santai Habis!

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Cinta Tak Kesampaian Inspirasi Namira Cipta Lagu Bulan - "Lagu Itu Ada Roh, Diputar Banyak Kali Jadi Sebak"

Selain tayangan filem, para pekerja turut menyediakan makanan untuk menjamu roh-roh yang hadir serta membakar kertas bergambar seperti model kereta, model rumah dan banyak lagi untuk keperluan mereka di alam kematian.

Hiburan

Menurut akhbar Thailand, KhaoSod, acara tayangan ini merupakan anjuran Yayasan Sawang Metta Thammasathan untuk memperingati roh dan menyediakan hiburan untuk mereka.

Menurut penganjur yang dikenali sebagai Somchai, acara tayangan filem ini diadakan selepas Pesta Ching Ming atau sebelum Pesta Perahu Naga. Dua acara ini merupakan adat tradisi bagi masyarakat Cina di Thailand.

Sementara itu, Yanawut Chakrawattisawang kontraktor acara tersebut berkongsi yang dia berasa takut untuk menayangkan filem di tanah kubur.

“Pada mulanya saya berasa takut untuk menayangkan filem di tanah perkuburan,” katanya.

Kemudiannya, dia merasakan ini merupakan pengalaman yang unik dan positif kerana kali ini dia menyediakan hiburan untuk individu yang sudah tiada di dunia ini.

Salah seorang warganet di Weibo meninggalkan komen bahawa acara ini mampu membuatkan si mati berasa puas.

“Acara tayangan filem yang menyeramkan ini sebenarnya idea yang sangat bagus untuk si mati berasa puas dan yang hidup merasa tenang.” ujarnya.

Sekadar info, kebanyakan masyarakat Cina di Thailand dipengaruhi dengan kepercayaan Konfusianisme yang menekankan ketaatan anak dan penghormatan kepada nenek moyang mereka.

Mereka juga percaya bahawa jika roh hidup terlalu lama di dunia manusia bermaksud keinginannya masih tidak tercapai.

Sumber: Harian Metro

#Thailand #Kubur #Si Mati #Tayangan filem