Hiburan

Hidap Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing, Jebat Jayden Selamat Jalani Pembedahan

gempak
Amri Hassan
23/05/2019
22:23 MYT
Sponsor Banner
Hidap Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing, Jebat Jayden Selamat Jalani Pembedahan
Anak tunggal pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden telah selamat menjalani pembedahan pada Khamis.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pasangan terbabit menerusi akaun Instagram masing-masing.
"Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.. Jebat dah selamat keluar OT..
"Kepada semua yg mendoakan terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua..
"Alhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin," tulis Sharnaaz.
Sementara Nabila turut memuat naik keadaan terkini anaknya itu.
Terdahulu, bercakap kepada media Sharnaaz memberitahu Jebat menghidap jangkitan saluran kencing (UTI) sejak beberapa bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan segera.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live