Adik kepada pelakon yang popular menerusi drama Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr. Pilot, Aleza Shadan, meninggal dunia malam semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aleza berkongsi berita sedih itu kepada peminatnya dan berharap agar mereka dapat mendoakan supaya adiknya, Muhammad Zaidi di tempatkan bersama orang yang beriman.

"Adik bongsu saya, Muhammad Zaidi Shadan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (semalam). Moga Allah mencucuri rohnya disana. Aamiinn," tulisnya.

Rata-rata mengucapkan takziah pada Aleza dan berharap dia serta keluarga bertabah diatas kehilangan adik bongsunya itu.

Difahamkan, Zaidi telah menghembuskan nafaz terakhir pada pukul 10.30 malam akibat masalah kanser usus yang dialaminya sebelum ini.