,
Hiburan

"Hidung Anak Berdarah, Sesak Nafas!" - Gara-Gara Jerebu, Zed Zaidi Mengamuk

Amri Hassan
19/09/2019
09:44 MYT
Pelakon Zed Zaidi mengamuk gara-gara sekolah anaknya di kawasan Kuala Lumpur belum ditutup akibat jerebu.
Kata Zed, anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas hidung berdarah dan sesak nafas baru-baru ini.
"IPU dan lebih 200 kat Kuala Lumpur pun tak bagi notis untuk sekolah tutup.
"Ni hidung anak dah berdarah, sakit tekak dan sesak nafas pergi hospital pun cakap tiada apa-apa," keluh Zed menerusi akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, netizen kembali mempersoalkan tindakan Zed yang bertegas masih menghantar anaknya ke sekolah ketika kondisi cuaca sedang meruncing.
Namun, Zed membalas pertanyaan terbabit dengan menyatakan keengganannya untuk ingkar pada undang-undang yang telah ditetapkan.
"Aku ni setia dan taat pada undang-undang selagi sekolah tak bagi notis rasmi aku suruh juga anak pergi sekolah," jelasnya.
Zed mendirikan rumah tangga bersama Natalia Mustafa Kamal dan dikurniakan tiga cahaya mata Ryan Zikri, 7 dan sepasang bayi kembar yang berusia tiga bulan.
Dalam perkembangan terkini, sebanyak 1,603 buah sekolah di lapan negeri diarahkan tutup ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berbahaya.
Ini termasuk 66 sekolah di Wilayah Persekutuan membabitkan 48,527 pelajar dan 53 sekolah di Negeri Sembilan dengan 28,073 pelajar turut diarahkan tutup berikutan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.
Turut dilaporkan, Selangor mencatatkan penutupan sekolah paling tinggi iaitu membabitkan 538 sekolah diikuti Sarawak (337); Perak (303); Pulau Pinang (162), Kedah (119) dan Putrajaya (25).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Unitar