"Hidup Bukan Buku Cerita Dongeng Yang Dibacakan Ketika Kecil" - Lufya

Badrul Hashim
Ogos 25, 2020 04:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar yang baru sahaja bercerai dengan suaminya, Dr Che Hafiz pada 17 Jun lalu berasakan sudah tiba masanya untuk dia membahagiakan dirinya sendiri.
Baca: Dr Che Hafiz & Lufya Omar Sah Bercerai Talak Satu
Sebelum ini Lufya pernah menjawab persoalan seorang netizen yang menyatakan hasrat untuk mengenali dirinya selepas dia bercerai dengan bekas suaminya itu.
Baca: Didekati Lelaki Lepas Bercerai, Ini Pesan Lufya Omar...
Dalam satu entri di Instagram, Lufya berkongsi bahawa kehidupan kadangkala menyakitkan, mengusutkan dan menjadi rumit, dan ada masanya perkara-perkara tersebut menjadikan kita semakin kuat dan semakin bijak.
"Dalam hidup ini tak semuanya indah seperti yang diceritakan dalam buku cerita dongeng yang selalu dibacakan oleh ibu dan ayah kita yang melayan kita seperti bidadari. Masa kita kecil ibu bapa melayan, menjaga dan membesarkan kita bagaikan seorang puteri.
"Segala kemahuan ibu dan ayah usahakan walaupun kadang2 tak tertanggung oleh mereka sendiri. Kesimpulannya di sini setiap insan berhak untuk dihargai dan disayangi seperti mana kami dibesarkan," tulis Lufya.
Tambahnya lagi, kita sendiri yang sepatutnya menentukan kebahagiaan sendiri. Lakarlah kehidupan yang baik untuk diri sendiri.
"Kadang terlalu memikirkan orang lain, kita lupa untuk membahagiakan diri sendiri. Be wise, think wise and act wise. Love and respect yourself," tulis Lufya.
Untuk rekod, hasil perkhawinan bersama bekas suaminya, Lufya dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini hampir berusia tiga tahun.
#Lufya Omar #Bahagia #Sendiri