Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hidup Jadi Bayi, Wanita Habiskan RM1,100 Untuk Beli Lampin Pakai Buang

Maliah Surip
16/01/2024 15:55 MYT
Hanya kerana ingin merealisasikan kehendak diri kembali menjalani kehidupan seperti bayi, seorang wanita sanggup menghabiskan duit sekitar RM1,100 sebulan untuk membeli lampin pakai buang.

Malah perbelanjaan lampin pakai buangnya juga dibayar oleh peminat, hasil daripada kandungan yang dikongsi di platform media sosial miliknya.

BERITA TRENDING: Gamers Mangkuk: Ramai Suka Watak Crack Along! - “Terpaling Sulung Perangai, Apa Lawak Sangat Ni”

Menurut content creator ini dia akan menukar lampin pakai buangnya setiap bangun tidur sebelum menghabiskan masa dengan bermain seperti bayi lalu dipertontonkan kepada pengguna media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Paigey Miller itu juga memiliki banyak koleksi mainan, tidur di katil bayi serta menghisap puting dan minum daripada botol susu.

Miller juga mengaku dia kini menjalani kehidupan 100 peratus seperti bayi sejak tahun 2018. Ironi Miller kini sudah berusia 25 tahun.

Bagi Miller semua yang dilakukannya ini adalah untuk membuat kehidupan bayi dewasa sebagai sebuah kehidupan normal buat semua.

“Ramai yang mempersoalkan tentang tindakan saya tapi saya tidak melayan hal atau pertanyaan negatif. Saya tidak perlu melayannya pun.

“Apa yang penting saya tidak pengaruhi orang lain dalam kehidupan harian saya. Saya juga tidak akan menghisap puting atau meminum susu daripada botol di khalayak ramai,” katanya seperti dilaporkan Mirror.

BERITA TRENDING: Langkawi Buat Hal Lagi! Kali Ni Ayam Goreng Kunyit Harga Kayangan, Netizen Komen - “Masakan…

Dia juga mengatakan apa yang penting kelakuan dan gaya hidupnya diterima baik oleh keluarga.

“Saya suka mengumpul mainan dan memiliki jenaka seperti anak kecil. Keluarga dan rakan-rakan menerima saya dengan baik,” katanya lagi.

#Bayi #Lampin Pakai Buang
;