Laman Utama

“Hidup Sihat, Gula Normal, Bangun Tidur Segar..” - Cantik, Penampilan Melly Goeslaw Selepas Dua Bulan Potong Usus

Azwa Rahman
16/09/2022
04:57 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto terbaharunya selepas menjalani pembedahan bariatrik pada dua bulan lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Melly atau nama sebenarnya Melliana Cessy Goeslaw, 48, memaklumkan dia kini menjalani kehidupan yang sihat dan berbeza dengan apa yang diamalkan selama ini.
“Alhamdulillah hari ini tepat dua bulan pasca bariatric. Ertinya sudah dua bulan saya menjalani hidup sihat, kebiasaannya sangat berbeza dengan hidup saya yang sebelumnya,” ujarnya menerusi satu hantaran.
Dalam pada itu, pelantun lagu Gantung itu turut memaklumkan berat badannya kini sudah menurun kepada 70kg berbanding 86kg sebelum ini.
“Gula darah saya normal terus hingga sekarang. Dari berat badan hampir 86kg sekarang hampir 70kg. Dan akan terus turun pastinya dengan pola hidup sihat ini.
Tidur jadi cepat dan tidak ngorok lagi, bangun tidur segar, alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai selebriti Indonesia dan wargamaya meluahkan rasa teruja dan bangga melihat fizikal Melly yang semakin sihat dan bertambah yakin.
“OMG idolaku, makin cantik,” komen seorang wargamaya.
“Andai aku jadi kaya punya wang berjuta, kan ku operasi biar langsing macam Melly,” kata seorang wargamaya.
“Teh Melly masyallah, cantik sangat. Sihat selalu ya,” puji seorang wargamaya.
“Wah penampilan baru, suasana baru, kebahagiaan baru, selamat ya teh Melly,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Melly menjalani pembedahan potong usus pada Julai lalu atas faktor kesihatan dan berat badannya sudah mencapai tahap obesiti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lulus Graduasi Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends? , ‘Siswa Siswi’ Bakal Raikan Prom Night Mei 2025

gempak
02/06/2024
16:55 MYT
Meminjam kata-kata Melly Goeslaw pada malam konsertnya yang berlangsung tuntas - semoga momen ini masuk ke dalam buku dan menjadi peristiwa manis buat semua, itulah yang dibawa pulang oleh sekitar 10,000 peminat beliau.
Gaya Hidup

Ezuwan Ismail Pereka Malaysia Pertama Hasilkan Busana Buat Melly Goeslaw! - "Denim Couture Ini Nilainya RM130,000, Berat Lebih 15 Kilogram"

gempak
02/06/2024
07:50 MYT
Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail berbangga dan teruja apabila mendapat kepercayaan untuk mereka busana penyanyi dan komposer tersohor Indonesia, Melly Goeslaw.
Hiburan

Peminat Berbaju Sekolah, Joe Flizzow, Puteri Ariani Gamatkan Konsert Graduasi Melly Goeslaw

gempak
01/06/2024
16:35 MYT
Melly Goeslaw mengejutkan peminat apabila membawa pesohor Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow sebagai penyanyi jemputan pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi.
Hiburan

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Melly Goeslaw - “Saya Tak Sangka Akan Duduk Berhadapan Dengannya Di Studio”

gempak
21/04/2024
13:55 MYT
Penyanyi dan komposer Aina Abdul mengakui teruja menjalinkan kolaborasi bersama komposer terkemuka, Melly Goeslaw menerusi sebuah lagu runut bunyi yang bakal dimuatkan dalam filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu kelak.
Hiburan

Bertemakan Malam Graduasi, Konsert Melly Goeslaw Ada Apa Dengan Melly & Friends Kembali Ke Malaysia!

gempak
26/02/2024
09:05 MYT
Konsert Melly is back!