,
Hiburan

“Hidup Terlalu Singkat Untuk Aku Fikir Apa Yang Telah Berlaku” – PU Abu

Fiza Kamarudin
10/06/2020
03:27 MYT
Selepas kontroversi menyebabkan namanya kembali hangat baru-baru ini, penceramah bebas PU Abu Sufyan berkongsi sebuah entri seolah-olah menggambarkan dirinya sudah ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Menerusi entri terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya itu, Abu Sufyan berkata dia akan terus buat yang terbaik untuk orang sekeling dan menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.
Tambahnya lagi, hidup terlalu singkat untuk memikirkan apa yang telah berlaku apatah lagi untuk terus meratap mengenainya. “Hidup terlalu singkat untuk aku memikir apa yang telah berlaku. Kalau ikut hadith Nabi dan kalau umur aku panjang baki umur aku ada 40 tahun lagi kalau aku terus meratap apa yg telah berlaku.
“Apa aku kena buat adalah terus jalan ke depan, buat yang terbaik untuk aku dan orang keliling aku. Selebihnya serah pada Allah,” tulisnya.
Selain itu menerusi entri sama Abu Sufyan turut memberitahu kepada pengikutnya tentang perniagaan terbaru diceburi. Di ruangan komen, rata-rata pengikut Abu Sufyan memohon agar bekas peserta Pencetus Ummah itu tidak mengenang lagi kisah lama.
“Perkara yang lepas usah lagi dikenang…Buka buku baru dan azam…Moga kebahagiaan dan kejayaan sentiasa bersama Abu”, tulis pengguna IG menggunakan nama @hazanan.
Mereka juga menasihati Abu Sufyan agar tidak mengulangi kesilapan dan muhasabah diri kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
“Betul tu ustaz. Semua orang buat silap. Selagi namanya manusia kita tak lari dari kesilapan. Yang penting kita muhasabah, perbaiki dan jangn ulangi kesilapan. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua,” tulis @abuwais313.
Tiga hari lalu, nama Abu Sufyan kembali hangat diperkatakan warganet apabila isterinya, Hana Azraa mendedahkan pendakwah bebas itu telah berbaik semula bekas isteri pertama, Ain 'Afini dua minggu selepas mereka bernikah.
Kata Hana, pendedahannya itu bagi mengelakkan spekulasi daripada orang ramai berhubung status perkahwinan mereka.
[[BACA: "Abu & Ain Rujuk 2 Minggu Selepas Kami Nikah" - Hana Azraa Kantoikan Status Suami & Bekas Isteri]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bukti Rumah Tangga Masih Teguh, PU Abu Sufyan & Hana Azraa Timang Bayi Kedua

gempak
12/03/2024
00:50 MYT
Tahniah PU Abu & Hana!
Laman Utama

Tak Sampai 2 Bulan Beri Bayangan Mahu Berpisah, Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil

gempak
26/12/2023
00:55 MYT
Betul ke?
Laman Utama

Amber Heard Seronok Duduk Sepanyol, Sudah Move On Dari Johnny Depp

gempak
03/06/2023
14:50 MYT
Miss moving on bak kata Fifth Harmony
Laman Utama

Hana Azraa Buat U-Turn, Pilih Untuk Terima Kembali PU Abu - “Saya Jadi Trauma Sebenarnya…”

gempak
02/06/2023
03:52 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

“Doktor Cari ‘Korek’…”- Hamil Bersama Alat IUCD, Isteri PU Abu Terpaksa Melalui Proses Keluarkannya Tanpa Bius!

gempak
22/02/2023
04:16 MYT
Isteri PU Abu Terpaksa Melalui Proses Keluarkan IUCD Tanpa Bius!