Laman Utama

Hikmah Kesalahan Tatabahasa Lagu Casablanca Buat Nuha Belajar Ilmu Baharu, Cikgu Zack Gembira Netizen Lebih Cakna

Shahrin Zulkifle
16/12/2022
02:00 MYT

Guru selebriti, Cikgu Zack Kirana Ibrahim mengakui terkejut apabila isu kesalahan tatabahasa pada lirik lagu Casablanca menjadi topik bualan orang ramai pada beberapa bulan lalu.

Kata Cikgu Zack, dia membuat teguran pada lagu ciptaan Daqmie dan Wan Saleh serta lirik Daqmie dan Abdulkarim Al Ali itu di atas kapasiti sebagai seorang guru sastera.

Bagaimanapun, dia turut berasa gembira apabila ramai orang mulai cakna dan mengambil tahu mengenai tatabahasa.

Orang ramai lebih cakna

“Saya pada mulanya terkejut bila isu lagu Casablanca menjadi topik bualan, tapi saya sedapkan hati saya, sekurang-kurangnya orang mula buat rujukan tentang bahasa Melayu.

“Bila berlaku isu mengenai perkara ini saya sebagai seorang pejuang bahasa saya sangat suka. Ada orang yang tak rajin buka kamus tiba-tiba rajin buka kamus.

“Apa yang cuba saya beritahu, ada dua konteks berbeza daripada segi bahasa dan sastera. Saya menegur perkara tersebut di atas kapasiti sebagai seorang guru.

“Saya suka pada lagu ini, cumanya teguran dibuat untuk anak-anak muda sahaja. Dalam sastera ada kebebasan, selagi ia mempunyai maksud yang baik tidak mengapa,” katanya.

Cikgu Zack berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman senarai Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung di Menara Mustapha Kamal, Damansara pada Khamis.

Nuha belajar ilmu baharu

Turut hadir pada majlis berkenaan iaitu penyanyi asal lagu tersebut iaitu Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Tidak memandang isu tersebut sebagai satu perkara yang serius, kata Nuha, dia secara tidak langsung telah mempelajari sesuatu ilmu baharu.

“Saya tidak kisah mengenai perkara tersebut, malah saya menyokong Cikgu Zack. Saya turut belajar sesuatu daripada perkara yang berlaku. Ia adalah ilmu baharu juga untuk saya. Nuha belajar daripada video cikgu, tiada isu pun pada saya,” katanya.

Denyut, Degup boleh dipakai

Sementara itu, jelas Cikgu Zack tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan perkataan ‘degup’ mahupun ‘denyut’, namun perlu mengikut kepada kesesuaian sesuatu keadaan.

“Saya suka lagu ini sebab itu saya tegur. Bagaimanapun saya masih menyokong karya-karya sastera yang diangkat menjadi lirik lagu Melayu.

“Denyut dan degup boleh sahaja dipakai, tapi kita fikir daripada segi emosi, saya tak kata istilah dalam lagu itu salah cumanya ada yang lebih tepat untuk digunakan,” tambahnya.

Terdahulu, Cikgu Zack Kirana Ibrahim menegur kesalahan tatabahasa dalam lirik Casablanca apabila perkataan 'denyut' yang digunakan pada pangkal lirik bahagian korus lagu tersebut adalah tidak tepat. Kongsinya, perkataan tersebut seharusnya digantikan dengan perkataan 'degup'.

BACA: [VIDEO] Lirik Lagu Casablanca Salah Tatabahasa? Cikgu Zack: “Untuk Jantung Kita Pakai Degup, Bukan Denyut”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pakej Nikah Percuma, Percutian Ke Bali! Semak Apa Lagi Tawaran Best Di Ekspo Ijab Qabul 2023

gempak
02/09/2023
15:11 MYT
Ekspo Ijab Qabul 2023 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam bermula 22 hingga 24 September
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Saya Ralat, Tone Suara Dia Sangat Mahal" - Persembahan Tak Cukup 'Power', Aina Abdul Setuju Naufal Tersingkir

gempak
23/05/2023
05:50 MYT
Persembahan Naufal tak cukup power.
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Naufal Azrin Tersingkir, Prestasi Nampak Tapi Tak Ada Luck! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

gempak
22/05/2023
00:53 MYT
Naufal bintang kedua tersingkir di Big Stage 5.
Terkini

#BIGSTAGE5: Naufal Azrin Tersingkir, Meer Nash Terselamat! Semak Markah Penuh Setiap Peserta

gempak
21/05/2023
16:20 MYT
Semoga Naufal terus berkarya di luar sana
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Saya Minta Maaf Pada Peminat Isaac Voo…” - Naufal Azrin Janji Beri Persembahan Terbaik

gempak
15/05/2023
04:50 MYT
Naufal mahu tebus rasa serba salah.