Laman Utama

Hilang 1, Farid Kamil Ganti 6 Cincin & 2 Rantai Emas - Dedah Bukan Punca Kehilangan Cincin Perkahwinan 8 Tahun Lalu

Syafiqah Jalal
12/04/2023
00:36 MYT
Aktor Farid Kamil akhirnya mendedahkan cerita sebenar mengenai mengenai kehilangan cincin perkahwinannya yang didakwa isterinya, Diana Danielle telah hilang sejak lapan tahun lalu.
Farid Kamil, 42, mendedahkan cincin itu hilang selepas Diana melalui proses kelahiran anak kedua mereka, Nur Aurora, 8.
Tegas Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, dia bukanlah punca di sebalik kehilangan cincin tersebut.
“Sebenarnya cincin perkahwinan yang saya berikan kepada Diana itu dia yang pakai, dan dia yang salah meletakkan cincin itu ketika Aurora dilahirkan di Bangsar menerusi proses ‘water birth’.
“Jadi dalam proses itu segala jam dan barang kemas lebih baik dibuka, jadi Diana buka dan letakkan di dalam beg. Tapi selepas selesai proses bersalin, kami nak balik dan cari cincin itu tidak jumpa.
“Saya juga cuba mencari dan akibat dia tidak jumpa cincin itu, dia menangis dan bersedih. Dan untuk menghalang dia dari terus bersedih selepas menyambut kelahiran bayi kedua kami, saya katakan yang cincin itu bukan penting, kita boleh beli tapi kegembiraan pada masa itu, kita tidak akan boleh beli.
“Saya tak sangka benda itu boleh jadi perkara besar dan saya berjanji, saya akan cari yang baharu dan alhamdulillah dari hilang satu cincin, saya sudah menggantikan enam untuk dia,” katanya kepada Astro Gempak.
Farid berharap tawaran perdamaian yang dibuat dengan memberikan aset dan barang kemas termasuk cincin tersebut, boleh diterima dengan baik oleh Diana.
“Perdamaian pertama saya bawa satu cincin dan bunga, hari ini saya bawa enam bentuk cincin dan dua utas rantai.
"Sepatutnya saya bawa barang kemas ini semua ke Mahkamah Subang Bestari, tempoh hari di mana saya turut membawa bunga dan cincin. Cuma saya tak boleh bawa sebab ia banyak.
“Buat masa sekarang saya berharap dia berlembut hati menerima benda ini sebab buat masa sekarang ini sajalah yang saya mampu berikan.
“Saya harap dia boleh terima benda itu dan ampunkanlah segala kesalahan saya. Apa sangkaan mereka terhadap saya, saya mohon maaf. Saya harap dia maafkanlah dan janganlah pisahkan saya dengan anak-anak dan isteri saya,” katanya sambil mengesat air mata.
Terdahulu, Farid membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle pada proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Cincin itu dikatakan hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Bagaimanapun, Diana ketika ditanya mengenai cincin tersebut berkata ia adalah cincin yang pernah dihilangkan oleh Farid, sejak lapan tahun yang lalu.
“Cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” katanya.
Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dari jam 11.45 pagi sehingga 1 petang semalam.
Pelakon itu turut ditemani peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.
Seterusnya, Fakhrul mengesahkan pasangan itu akan menghadiri sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.
Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.
Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.