Hilang 9 Telefon Bimbit, Pejabat Sherry Ibrahim Dimasuki Pencuri

Amri Hassan
Mei 17, 2018 08:20 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan kekesalan apabila pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak dimasuki pencuri.
Ekoran kejadian itu sekitar 14 Mei lalu, 9 biji telefon bimbit yang menyimpan data pelanggannya telah dicuri.
"Pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah dimasuki pencuri dan 9 biji telefon bimbit telah dicuri.
"Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini.
"Rekod CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut.
"Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah-mudahan dapat ditangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.
"Dan suspek juga memang ada banyak kes-kes lain sebelum ini," tulis Sherry menerusi akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sherryibrahim
#pelakon #Viral #Sherry Ibrahim #Pelakon #Viral #Rompak