Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri
Asyraf Roslan
16/09/2024 14:55 MYT
16/09/2024 14:55 MYT
Pergi berdua namun yang berjaya pulang hanya seorang.
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Pada Disember 2012, Alvarenga telah memulakan ekspedisi menangkap ikan yu dari Mexico bersama rakannya, Ezequiel Cordoba.
Namun nasib malang menimpa mereka apabila bot gentian kaca sepanjang 24 kaki yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin dan menyebabkan mereka terperangkap di Lautan Pasifik.

Selepas lebih setahun hanyut, hanya Alvarenga sahaja yang selamat ditemui dalam keadaan bingung dan lemah di Ebon Atoll, Kepulauan Marshall yang terletak di tengah Lautan Pasifik.
Alvarenga mendakwa dia cuba meneruskan hidup dengan menangkap burung, ikan, penyu, dan meminum darah penyu serta air kencingnya sendiri apabila tiada air hujan.
BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman
BERITA TRENDING: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura
BERITA TRENDING: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Kisahnya menarik perhatian global, sehingga memerlukan pemeriksaan psikologi dan ujian poligraf oleh firma undang-undang AS untuk mengesahkan kebenaran ceritanya.
Namun keluarga Cordoba tidak percaya dengan kenyataan yang diberikan oleh Alvarenga dan menuduhnya membunuh serta memakan Cordoba untuk terus hidup.
Pada 2015, keluarga Cordoba telah menuntut pampasan sebanyak sejuta dolar, mendakwa bahawa Cordoba menjadi mangsa kanibalisme.
Peguam Alvarenga menafikan dakwaan tersebut dengan tegas, dan kisah ini terus menjadi perdebatan sehingga kini.
Sumber: Daily Star