HIBURAN

Hilang Sabar Dengan Netizen Melampau, Siap Fitnah Kata Ibu Bapa Riena Diana Dah Tiada - “Korang Kacau Mental Aku!”

Asyikin Mayudin 08/07/2025 | 00:55 MYT
Pelakon Riena Diana tak dapat lagi menahan kemarahan apabila membaca komen negatif daripada netizen mengenai kehidupan peribadinya dan kekasih, aktor Keith Foo.

Netizen sebar fitnah

Menerusi Instastory, Riena berang dengan segelintir netizen yang meninggalkan komen melampau seperti membuat fitnah dengan mengatakan ibu bapanya sudah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:Keith Foo Sedang Dalami Islam, Riena Diana Belum Sedia Umum Berita Gembira - “Dia Beri Saya Peluang Untuk Pilih Nama…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Ada Operate, Pakai Gam Je” - Riena Diana

“Sebenarnya tak nak tegur pun dan tak nak kisah apa pun yang segelintir orang komen (yang negatif) dekat sosial media fasal Riena dan Keith.

“Sebab korang yang bercakap tak ada otak dan tak tahu pun fasal kehidupan saya, Keith. Jadi kalau explain pun, korang memang negatif.

“Tapi korang melampau kalau korang pandai-pandai komen cakap jiran nenek saya cakap macam ini la, jiran nenek saya cakap macam itu la, macam korang palatau.

“Tak termasuk komen cakap mak bapa aku dah mati la, dah arwah la apa la. Korang tak rasa berdosa juga ke menghukum kehidupan orang macam itu? Keluarga korang sempurna ke setan?” kata Riena.

Amaran kepada netizen

Komen negatif menganggu mental, Riena enggan lagi memberi muka kepada netizen yang berlebihan menyampaikan berita tidak sahih.

Selain itu, Riena turut memberi amaran kepada netizen dengan mengatakan dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap komen melampau.

“Aku memang marah. Aku gelak-gelak buat lawak bodoh apa semua tak bermaksud korang boleh pijak. Saya dekat sini nak kongsi mengenai kerja dan sedikit tentang kehidupan saya, bukan untuk korang nak komen lebih-lebih,

“Sebab benda-benda ni, korang kacau mental aku. Aku cukup-cukup dah bagi muka dekat netizen yang mulut hanat ni. Jangan sibuk nak menyampai berita tak sahih, jangan sibuk nak komen negatif fasal aku.

“Korang bagus sangat ke? GET A LIFE. Jap lagi aku saman seekor-seekor yang tulis merepek kang baru korang takut gelabah kan? Biar korang rasakan sikit tahu nak letak boundaries. Jangan jadi BENGAP,” tambahnya lagi.

#Netizen #Keith Foo #Riena Diana #Komen #Komen Negatif #Komen Melampau