Penyampai radio Feeya Iskandar berkongsi momen lucu apabila disergah dengan katak yang dibawa oleh rakan sekerjanya Fizi Ali.

Berkongsi gelagat tersebut di Instagramnya, Feeya yang sedang berada di konti terkejut apabila Fizi membawa beberapa ekor katak yang disimpan di dalam bekas akuarium.

"Sebelum tengok video ni tolong perlahankan nada telefon anda, takut pecah.

"Level menjerit tak boleh bawa bincang. Ingat tak geli ke katak tu?

"Mentang-mentang Fizi Ali tak takut katak lepas tu tukang record Issey acah-acah nak takutkan orang last dia pun sama je," katanya.

Tambah melucukan individu yang merakam kejadian tersebut iaitu Issey Fazlisham turut terkejut apabila Fizi menghalakan akuarium itu ke arahnya.

Anda boleh lihat video melucukan tersebut di bawah.

sebelum tgk video ni tlg slow kan volume hp anda takut pecah ? nti.level menjerit x leh bawak bincang.ko ingat tak geli ke katak tu?? mentang2 @fiziali_ x takut katak lepas tu tukang record @isseyfazlisham acah2 nk takutkan org last2 dia pun 2x5 sama je ahahahaha

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mencuit hati pengacara radio itu.

Tidak kurang juga ada yang terkejut apabila mendengar jeritan Feeya yang terlalu kuat selepas melihat katak.