Hilary Swank & Philip Schneider Berkahwin Dalam Hutan!

Zulaikha Yusof
Ogos 28, 2018 14:18 MYT
Pelakon Hilary Swank telah berkahwin dengan teman lelakinya, Philip Schneider dalam sebuah hutan simpanan Saint Lucia di Carmel, California.
Menurut E! Online, pasangan ini telah berkahwin secara rahsia pada minggu lalu.
Ketika majlis tersebut, Hillary, 44, telah mengenakan gaun rekaan Elie Saab Houte Couture Atelier yang memakan masa selama 150 jam untuk disiapkan.
Majlis perkahwinan itu turut dihadiri oleh kaum keluarga termasuk kenalan rapat.
Hilary dan Philip mula menjalinkan hubungan percintaan pada tahun 2016.
Sumber: E! Online
#pelakon #Pelakon #Hilary Swank #Philip Schneider