Pelakon, Nad Zainal membidas komen negatif netizen terhadap seorang pelajar berusia 11 tahun yang tular kerana kemahiran bersoleknya menyerupai jurusolek profesional baru-baru ini.

Nad meluahkan pendapatnya menerusi ruangan Insta Story miliknya semalam.
Menurut Nad, netizen tidak perlu menilai atau mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang negative kerana setiap orang mempunyai minat tersendiri.

“Biarlah dia dan minat dia. Hina sangat ke kalau dia menyimpan impian nak jadi makeup artist (MUA)? Samalah kalau dari sekolah dulu kita minat menari, belakon, orang keliling kata mesti bodoh tu yang sibuk nak jadi pelakon.

“Eh hello, tak semestinya bidang kecantikan atau hiburan dipelopori orang resultnya hanya cukup makan. Jangan pandang rendah dan jangan menghina.

“Kalau pergi tuisyen 24 jam pun tapi otak tak minat belajar buat apa. Sekarang ini bukan hanya akademik tapi skill juga amat penting.

“Ramai dah pandai-pandai dan kita kena bagi galakan positif buat anak begini,” tulisnya.


Terdahulu, paljar darjah 5 Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Iris Khaira menjadi tular selepas berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas bersolek di dalam akaun Facebook miliknya.

Foto-foto itu membuktikan Iris yang sememangnya meminati bidang kecantikan gemar bereksperimen dengan gaya solekan antaranya solekan Bollywood, smokey look dan glamour.

Foto: Instagram @nadzainal