Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.

Memasuki minggu ketiga, Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.

Dalam episod lalu, babak Cikgu Rayyan yang mempunyai hubungan sulit dengan pelajarnya membuatkan ramai penonton terkejut.

“Excuse me sir, that's fifty shades of red flag. Amboi cikgu Rayyan, dalam diam ada affair dengan student!” kata seorang wargamaya.

“Uish lain macam cikgu macam ni. Member aku pernah share juga dulu dia pernah hadap cikgu gatal macam ni yang ada affair dengan student. Tak boleh brain betul,” ujar seorang wargamaya.

Ancient malay writing. Wow terbaik lah drama terbitan astro kali ni. I bukan bangsa melayu, tapi ayuh kita hidupkan semula tulisan rencang,” puji seorang wargamaya.

“Takutnya muka hantu Farah ni. Takde muka!! But betul ke hantu Farah ni?” tulis seorang wargamaya.

The best Malaysian horror series ever. The way they bring back every single detail from the Histeria The Movie back in 2008 is just amazing. Not to mention the plot twist they had in every single episode,” komen seorang wargamaya.

Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam yang bermula pada 6 Jun lalu. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.