,
Hiburan

Hisyam Hamid Tak Kisah Digelar Duda Hot, Anggap Sebagai Perkara Positif - “Rasa Macam Saya Tak Ada Dalam Senarai..."

Mya Amri
14/10/2024
08:55 MYT
Pelakon, Hisyam Hamid tidak ambil kisah apabila ada netizen yang menggelarkannya sebagai duda ‘hot’ selepas kembali menjalani kehidupan solo.

Tak tahu nama ada dalam senarai netizen

Sebaliknya Hisyam menganggap perkara itu sebagai satu perkara biasa untuk seorang ‘public fugure’.

“Saya okay sahaja sebab pada akhirnya kita ini seorang ‘public figure’. Kita tahu benda-benda macam ini mesti akan terjadi.

“Tidak dinafikan bila berkahwin itu gosip-gosipnya lain, bila sudah solo ini pula gosipnya lain, jadi kita sudah tahu perkara itu.

“Kita sudah boleh jangka benda tu akan terjadi tapi apa yang penting saya tahu macam mana nak jaga diri dan jaga kerja saya.
“Saya rasa macam tidak ada dalam senarai. Tapi saya ambil itu sebagai pujian lah agaknya? Mungkin benda itu secara tidak langsung ada impak yang positif, saya tidak tahu,” ujarnya.
Hisyam berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular (ABPBH36) yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam baru-baru.

Perubahan selepas kembali solo

Dalam pada itu, Hisyam juga menyatakan dirinya merasai perubahan yang berlaku dalam kehidupannya selepas kembali solo.

“Bila dah kembali solo sudah tentu saya merasai perubahannya. Selama hampir 20 tahun ada orang di sebelah.

“Mana-mana saya pergi pun saya bawa orang rumah, tak pernah tinggal. Jadi bila tak ada itu memang rasa janggal.

“Sekarang semua benda kena buat sendiri. Gosok baju kena buat sendiri. Tapi itu adalah satu proses untuk saya nak membiasakan diri.
“Saya rasa anak-anak dan mak saya, mereka sentiasa memberikan sokongan, semangat kepada saya,” jelasnya.

Hubungan baik dengan bekas isteri

Mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri iaitu Rosmawati atau lebih dikenali sebagai Mel, Hisyam berkata mereka tetap mengekalkan komunikasi yang baik.

“Hubungan saya dan Mel pun baik, dia masih lagi pengurus saya dan menguruskan saya, tiada masalah di situ.

“Tak ada macam nak gaduh gaduh atau apa, hidup diteruskan cuma bezanya kita bukan lagi suami isteri,” ulasnya.

Terdahulu, nama Hisyam turut termasuk dalam senarai duda ‘hot’ yang hangat diperkatakan netizen.
Selain Hisyam, antara yang tersenarai termasuklah pelakon Fattah Amin dan Syamsul Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN:"Kami Tidak Lagi Suami Isteri" - Hisyam Hamid

ARTIKEL BERKAITAN:Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai - "Siapa Yang Perasan Tu, Perasanlah"

ARTIKEL BERKAITAN:"Gambar Budak Flat Umur 10 Tahun Yang Impiannya Nak Jadi Pemain Bola Seperti..." - Hisyam Hamid Throwback Gambar

ARTIKEL BERKAITAN:"I Want To Play Dark" - Hisyam Hamid Idam Watak Lelaki Psiko

ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Empat Perkara Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Industri Seni” – Hisyam Hamid

Untuk info, Hisyam sebelum ini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama anak-anak.
Bagaimanapun sekitar bulan Mei lalu, Hisyam mendedahkan dia dan Mel bukan lagi suami isteri.
Namun Hisyam memilih untuk tidak mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka.
Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid

gempak
20/11/2024
15:25 MYT
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

'Duda Hot' Fattah Amin Masih Dominasi Carta GMW!

gempak
02/11/2024
03:00 MYT
'Duda terhangat di pasaran' Fattah Amin masih mendahului carta kategori Selebriti Trending selepas Anna Jobling, Meerqeen, Jazmy Juma dan Scha Elinnea.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Unitar