,
Hiburan

"I Want To Play Dark" - Hisyam Hamid Idam Watak Lelaki Psiko

Amri Hassan
14/03/2019
12:42 MYT
Pelakon Hisyam Hamid menyuarakan keinginan untuk mendukung peranan antagonis dan lari daripada watak kebiasaan.
Jelas Hisyam, tidak kira watak utama atau sampingan dia ingin mempelbagaikan karakternya sama ada di kaca televisyen mahu pun filem.
"Kalau boleh saya mahu watak 'dark'. Orang selalu akan labelkan Hisyam Hamid dengan watak orang kaya dan lelaki budiman.
"Sesekali kalau boleh ingin juga mencuba watak lelaki psiko dan berbeza daripada karakter yang orang selalu nampak," katanya kepada HLive.
Bukan kerana bosan tetapi kata Hisyam dia sekadar ingin melebarkan sayap dan mencuba sesuatu yang luar daripada zon selesa.
"Sebagai pelakon saya nak lebarkan sayap dan mempelbagaikan watak yang belum pernah saya cuba. Bukan sebab bosan pun," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Hisyam bakal tampil dengan dua filem terbaharu berjudul Pontianak dan Hero Jangan Bikin Panas.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hisyam Hamid Tak Kisah Digelar Duda Hot, Anggap Sebagai Perkara Positif - “Rasa Macam Saya Tak Ada Dalam Senarai..."

gempak
14/10/2024
08:55 MYT
Pelakon, Hisyam Hamid tidak ambil kisah apabila ada netizen yang menggelarkannya sebagai duda ‘hot’ selepas kembali menjalani kehidupan solo.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
14/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Hiburan

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Dapat Sambutan Hebat Dari Indonesia - "Pemainnya Fresh, Musiknya Keren"

gempak
13/10/2024
08:59 MYT
Selepas enam episod bersiaran di saluran Astro Ria, platform Astro Go dan sooka, drama adaptasi Jepun, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi turut menambat hati penonton dari negara jiran, Indonesia.
Hiburan

Azhan Rani Dedah Pertama Kali Datang Anugerah Selepas Nama Bolos Top 5 - “Harap Tak Tua Sangat Aku Untuk…”

gempak
12/10/2024
06:25 MYT
Pelakon serba boleh, Azhan Rani mengakui menerima undangan untuk menghadiri acara anugerah buat pertama kalinya sepanjang bergelar anak seni.
BorakSeeni