Hiburan
Hisyam Hamid Terharu, Anak Hadiahkan Kad Ucapan Sempena Hari Lahirnya
Pelakon drama Abang Bomba I Love You, Hisyam Hamid terharu selepas anak sulungnya, Nurish, 9, menghadiahkan sekeping kad ucapan sempena hari lahirnya.
Isterinya, Rosmawati Hanafi telah merekodkan momen manis ketika aktor itu membaca kad yang diberikan oleh anaknya semalam (Khamis).
Video tersebut dimuatnaik oleh isterinya sebelum Hisyam kongsikan kembali posting tersebut melalui akaun Instagramnya kira-kira 19 jam yang lalu.
Menerusi video tersebut, Hisyam telah membaca ucapan itu di hadapan Norish yang kemudiannya tersenyum malu.
Selepas selesai membaca kad tersebut, Hisham terus memeluk anak perempuannya itu.
Dalam pada itu, Hisyam juga menulis kapsyen ringkas yang melambangkan perasaannya sewaktu mendapat hadiah tersebut.
“Ok save the best for last.. Simple gift but cukup bermakna ? #minime #hisyamhamidfamily,” tulisnya
Terdahulu, selain Nurish Syameliah, Hisham turut mempunyai seorang anak lelaki, Haydeen yang kini berusia tujuh tahun.
Teks oleh: Mya Amri
A video posted by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on
Must-Watch Video