Baru-baru ini, pelakon Lana Nodin terbang ke Singapura bagi mengikuti sebuah festival di Wisma Geylang Serai.

Menerusi acara berkenaan, Lana yang terkenal dengan perniagaan makanannya dilihat menjual pelbagai jenis manisan serta minuman.

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)


Antara juadah yang dijual termasuklah manisan antarabangsa dan ada juga manisan lokal seperti kuih Keria Gula Melaka.

Begitupun, menerusi ruangan komen, terdapat maklum balas pengikut Lana yang mengatakan kuih keria yang dijual Lana kelihatan rentung.

“Maaf Kak Lana, kenapa kuih keria tu macam dah rentung jer?” tanya seorang pengikutnya.

Lana kemudian mengambil kesempatan itu untuk membalas maklum balas yang diberikan. Menurut Lana, keadaan kuih keria jualannya memang berwarna sedemikian memandangkan ia disira dengan Gula Melaka.

“Ish awak ni itu Gula Melaka warna memang macam tu.

“Tak ada orang nak jual rentung, dah Gula Melaka bila dia caramelized memang colour macam tu. Nama pun gula,” katanya.



Hal tersebut turut mendapat perhatian pengikut Lana yang lain. Mereka dilihat turut bersetuju yang warna kuih Keria Gula Melaka memang berwarna kehitaman.

Lantaran daripada penerangan berkenaan, pengikut Lana yang bertanya soalan itu menulis permohonan maaf.

“Maaf kak kalau saya salah sebab saya ada nampak yang hitam-hitam tu saya ingat dah hangus. Biasa yang saya makan yang dekat Melaka atau JB punya dia warna brown dan takda hitam-hitam macam tu. Mungkin tu akak punya own version kan… sorry kak,” katanya.