Menurut terjemahan di mykamus.com escapism bermaksud kecenderungan kepada khayalan dan hiburan untuk lari dari dunia nyata.

Dan selalunya, kaum lelaki atau para bapa yang selalu dikaitkan dengan escapism, terutama mereka yang jarang ‘lekat’ di rumah kononnya untuk melakukan aktiviti mereka suka.

Adakah lelaki menjadikan hobi sebagai alasan escapism?

Pelakon drama Ahli Bapak-Bapak Club, Aiman Hakim Redza, Steve Yap dan Luqman Hafidz berkata, jika kaum lelaki keluar dari rumah itu adalah hobi bukan escapism.

“Escapism? Kita kan dah penat bekerja cari duit, jaga anak. Kadang-kadang tu nak jugalah reward diri kita dengan benda yang kita suka.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Lagipun hobi ni daripada dulu lagi nak buat cuma waktu tu financial tak stabil lagi. So sekarang ni bila dah ada masa dan semua stabil barulah kita buat hobi yang kita suka tu,” kata Aiman yang memegang watak sebagai Joe.

Sementara itu bagi Steve Yap pula, bukan kaum adam sahaja yang ada hobi tetapi wanita juga. Hobi itu terapi, macam lelaki hobi pergi bersenam tetapi orang perempuan hobi mereka shopping!,” katanya yang memegang watak Nick.

Bagi Luqman Hafidz pula lelaki memerlukan hobi untuk lari sekejap daripada masalah. Hobi itulah yang akan releasekan segala stress.

“Macam melepak dengan kawan-kawan, main game, main basikal, pergi gym…Biarkan diaorang pergi! Yakinlah bila mereka balik rumah mereka akan jadi lebih hebat,” katanya yang memegang watak sebagai Bob.

Jangan lupa untuk menonton gelagat bapak-bapak hot dalam drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ yang bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104).

ABBC juga boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)