Modifikasi

Honda Jazz GK 228hp!

gempak
Erywan
31/07/2019
06:16 MYT
Sponsor Banner
Honda Jazz GK 228hp!
Selain kereta nasional, kenderaan jenama Honda kerap menjadi buruan kaki modifikasi di Malaysia tidak kira apa model sekali pun.
Dari model sedan sehinggalah ke MPV, ada sahaja idea untuk melakukan modifikasi terhadap jentera jenama berkenaan.
Seperti dalam ruangan modifikasi kali ini, model hatchback menerusi Honda Jazz bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi rantau Asean seperti Thailand atau Indonesia.
Honda Jazz versi GK keluaran 2017 ini, sebenarnya sudah menjalani proses modifikasi pada tahap ekstrem dengan melakukan ubah suai luaran, dalaman serta rangkaian kuasa.
Bagi membezakan dengan Honda Jazz modifikasi yang lain, jentera ini memiliki enjin cukup berkuasa daripada model standard. Malah, lebih mantap daripada Honda Civic yang menggunakan enjin NA.
Jika membuka bonet hadapannya, terpampang sebuah enjin kapasiti besar yang diambil daripada model Honda Integra DC5 Type R.
Buat pengetahuan anda, enjin standard Honda Integra DC5 Type R itu mampu menyalurkan output sehingga 220hp.
Sebaik rangkaian kuasa itu dimasukkan, ia menjalani sedikit ubah suai luaran enjin membabitkan menggunakan pendikit badan, pam bahan api dan pendawaian Honda Civic FD2R serta pengurusan elektronik Hondata Flashpro.
Bagi memberi bunyi serta prestasi lebih mantap, ia menggunakan sistem paip ekzos bersaiz 2.75 inci dengan dihujungnya dipadankan peredam K-Tuned tiga inci.
Dengan adanya komponen itu, kuasa output Honda Jazz GK ini mampu mencecah 228hp pada ujian Dyno.
Jika lihat pada bahagian luaran pula, ia menggunakan kit badan Honda Jazz GK facelift dengan padanan bonet gentian.
Bagi memberi imej sedikit berbeza, lampu hadapan dan belakang diambil dari model Honda Fit RS versi facelift iaitu model dari Jepun, selain menerima kemasan material gentian karbon pada lips serta side skirt.
Rim asal juga digantikan dengan TE37 Sonic bersaiz 16 inci dan bahagian dalamnya diisi brek AP Racing. Jentera ini turut direndahkan menggunakan suspensi BC Racing supaya tampak mantap.
Melihat ruang kabin, Honda Jazz GK dengan enjin K20A ini menjalani ubah suai yang minimum pada bahagian dalaman. Ia boleh dilihat dengan penggunaan tempat duduk Recaro, stereng Key Racing dan padanan meter Defi tiga beradik.
Paling menarik adalah kawasan untuk menukar gear selepas menggunakan produk K-Tuned membabitkan tombol dan kabel.
Jentera yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan itu ternyata terbaik dalam kelas modifikasi segmen hatchback di Malaysia. Buat masa ini, drebar difahamkan ia adalah satu daripada empat Honda Jazz GK di Malaysia yang menggunakan enjin K20A.
Ditanya berhubung kos modifikasi yang dilakukan, pemiliknya memilih untuk berdiam diri sahaja. Pastinya ia tidak murah seperti yang disangkakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024