,
Tempatan

Honda Malaysia menghadiahkan Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan

Erywan
18/09/2019
02:44 MYT
Honda Malaysia menghadiahkan Honda Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda.
Majlis penyerahan diadakan di Istana Negara pada Isnin lalu dan jentera paling berkuasa dalam keluarga Honda di Malaysia itu bakal menjadi kenderaan pengiring.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, Honda Malaysia sangat berbesar hati untuk menghadiahkan Honda Civic Type-R kepada Yang di-Pertuan Agong untuk digunakan sebagai kereta pengiring.
“Pada masa sama, saya juga menyerahkan sebuah Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya.
Civic Type R bukan sahaja dilengkapi dengan ciri teknologi automobil termaju, tetapi menyampaikan Semangat Perlumbaan Honda dan DNA ‘Fun to Drive’. Setiap jentera yang dibina mempunyai siri nombor istimewa pada konsul tengah sekali gus mahu mengekalkan eksklusifnya.
Civic Type-R yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai jentera pacuan roda hadapan paling pantas di Litar Nurburgring dijanakan dengan enjin 2.0L VTEC turbo.
Ia menyalurkan kuasa 310PS dengan tork mencecah 400Nm yang menggunakan transmisi manual enam kelajuan.
Selain itu, ia hadir tiga mode pemanduan membabitkan Comfort, Sport dan +R. Civic Type R memiliki karakter seperti jentera lumba, selain memiliki ciri keselesaan untuk pemanduan harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?
Unitar