,
Laman Utama

"Honestly Banyak Kekurangan Versi Malaysia" - Pelakon Tak Hot & Handsome... Penonton Kritik Drama Hati Yang Dikhianati

Amri Hassan
21/04/2021
03:20 MYT
Drama rantaian adaptasi telenovela Mis Tres Hermanas, Hati Yang Dikhianati terus menjadi topik bualan hangat di platform media sosial terutamanya Twitter.
Ramai yang berkongsi pandangan mengenai drama lakonan Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen dan Afifah Nasir itu.
Namun, ada juga yang menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap beberapa watak drama berkenaan, antaranya karakter yang dilakonkan Amar dan pendatang baharu Arena Wan.
"Honestly, banyak juga kekurangan versi Malaysia. Pertama, Amar sebagai playboy... Amar nampak macam ketakutan nak jadi playboy yang tergoda dengan Maria (Mona Allen). "Kedua, pemilihan TJ sebagai teman lelaki Baby, tak sehot yang original, yang original jauh lagi hot dan handsome.
"Ketiganya, sorry nak cakap lakonan Arina as Baby, tak menjadi. Lakonan so so dan wajah tak komersial. Tak makna dia kayu, cuma pembawakan wataknya tak sampai, jadi spoil brat pun tak menjadi, apatah lagi nak mengorat TJ, Beatriz original jauh lagi lawa daripada Baby," ciap seorang pengguna di Twitter.
Tambah akaun itu lagi, penelitian harus diberikan daripada sudut teknikal termasuk pemilihan pakaian pelakon.
"Inilah satu-satunya drama yang tak kedengaran lagu OST. Opening macam tengok drama bisu Charlie Chaplin.
"Siapa yang jaga wardrobe? Boleh tak bagi Mona Allen pakai yang elok sikit walaupun dia kena jadi penggoda. Penggoda tak semestinya pakai seksi macam GRO," tambahnya.
Namun, pujian harus diberikan kepada watak utamanya Isyariana serta beberapa pelakon lain antaranya Zamarul Hisham, Fazlina Ahmad Daud dan Shahrolnizam.
"Apapun lakonan orang berbakat macam Zamarul, Fazlina, Shahrolnizam, Shah Iskandar, Mia Nasir dan Isyariana diperakui terbaik.
"Cuma Syamim Farid yang banyak berlakon pun, tak sampai watak gedik dan manjanya. Tunggu Afifah Nasir, Datuk Shahreza keluar watak," komennya lagi.
Drama bersiri Hati Yang Dikhianati merupakan drama adaptasi daripada telenovela popular Venezuela, My Three Sisters atau lebih dikenali dengan judul asalnya Mis Tres Hermanas.
Karya Mis Tres Hermanas versi Malaysia ini diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.
Drama Hati Yang Dikhianati boleh ditonton menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.