Hiburan
"Hopefully Dia Sihat Sebelum Adik Keluar" - Anak Shima Anuar Dimasukkan Ke Hospital
Pelakon Shima Anuar mendedahkan anak perempuannya, Marian Sophia telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mempunyai masalah kesihatan semalam.
Menerusi Instastory di Instagram (IG) miliknya, Shima berharap anaknya akan kembali sihat sebelum dia bersalin anak kedua.
"Kitorang dah check in hospital. Tapi bukan mommy yang nak beranak.
"Sophia yang tak sihat. Hopefully dia sihat before adik keluar," tulisnya.
Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Kini, Shima sedang sarat hamil anak kedua.
Must-Watch Video