“Horor Paling Berat & Skrip Yang Kompleks”- Sara Ali Bangga Terlibat Dengan Sembilan
Syafiqah Jalal
11/12/2019 04:24 MYT
11/12/2019 04:24 MYT
Pelakon Sara Ali akui bangga kerana diberi peluang untuk berlakon dalam drama bersiri eksklusif Astro GO, Sembilan.
Menurut Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Binti Hairi Ali, 29, Sembilan sebuah naskah seram yang paling berat dan kompleks.
BACA: Pamer Kualiti Bertaraf Antarabangsa, Sembilan Tampilkan Gabungan Bintang Hebat Malaysia & Indonesia
”Sembilan satu projek yang saya terlibat pada tahun lepas. Kolaborasi antara pemain Indonesia dan Malaysia. What a privilege to be working with Pak @salmanaristo iaitu penulis skrip untuk cerita ini.
“Sembilan ni mungkin horror yang paling berat dan, tak pernah lagi saya baca script sebegini kompleks sepanjang saya berkarya di dalam industri.
“Walaupun watak saya memang sedikit, saya bersyukur kerana diberi peluang dari sutradara @razaisyam untuk bersama di dalam projek ini.
“Akhirnya sembilan akan menemui anda pada 6th disember 2019. Download @astrogo.my because #sembilan is special,” tulisnya.
Sara berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video trailer kepada drama bersiri itu.
Sembilan yang bergenre seram thriller ini mempunyai 10 episod dan setiap satunya berdurasi satu jam.
Drama ini boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO secara percuma mulai 6 Disember ini.
Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (lakonan Bima Azriel). Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung kepada Taduh dan mengabaikannya.
Pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya.
Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu.
Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia 9 tahun sama seperti sewaktu kehilangannya dahulu.
Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah.

Selain Sara, nama-nama hebat pelakon Malaysia yang membintangi Sembilan adalah Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani dan Luqman Hafidz, sementara bintang Indonesia yang terlibat adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten.
Sembilan yang bergenre seram thriller ini mempunyai 10 episod dan setiap satunya berdurasi satu jam.
Drama ini boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO secara percuma mulai 6 Disember ini.
Sembilan mengisahkan tentang watak seorang pelacur bernama Rimbun (lakonan Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah.