Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hospital Suggest Untuk Tebuk Tulang Rusuk Kanan…” - Mafarikha Mohon Doa, Prosedur Mungkin Petang Ini

Mya Amri
27/10/2022 03:43 MYT
Penyanyi Mafarikha berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya yang kini dijangkiti COVID-19 tahap 5.

Menurut Mafarikha, disebakan keadaan paru-parunya kurang stabil, hospital mencadangkan untuk menebuk bahagian tulang rusuk kanan.

“Disebabkan kandungan liquid dalam paru-paru kanan sekejap stabil dan tidak. Hospital suggest untuk tebuk tulang rusuk kanan sebab sebab nak check sama ada liquid yang stuck itu jenis lendir, darah atau air.

“Punca sebab rasanya bukan COVID tapi mungkin TB. Insya-Allah prosedur mungkin petang ini dalam keadaan separuh sedar,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di ruangan IG Story.

Dalam pada itu, Mafarikha juga memohon oranh ramai mendoakan agar prosedur tersebut dipermudahkan.

“Dia akan bius dan guna alatan baru. Boleh ada possibilities untuk terkena paru-paru but let’s hope not.

“Kita nak tengok liquid jenis apa dan buang sahaja, hopefully berjalan lancar, doakan ya,” tulisnya.

A post shared by Mafarikha Akhir (@mafarikha)

BACA: Ingatkan Food Poisoning, Mafarikha Sebenarnya COVID-19 Tahap Lima… “Separuh Mati Di Istanbul, Enam Hari Tak Makan, Batuk Keluar Darah”

Terdahulu, Mafarikha dimasukkan ke wad kritikal dan disokong oleh alat bantuan pernafasan sehingga benar-benar stabil.

#Sakit #hospital #Masuk Hospital #COVID-19 #Mohon Doa #Mafarikha #Paru-Paru #Tulang Rusuk #Masuk Wad #Tebuk #COVID Tahap 5 #Tahap 5 #Tebuk Tulang Rusuk
;