"Hot Daddy!" - Badan Sado Fezrul Khan Dapat Pujian Netizen, Merecik!

Kamaruddin Razal
September 12, 2018 11:28 MYT
Pelakon Fezrul Khan mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sekeping foto penampilan terbarunya.
Mempamerkan bentuk tubuh berotot, peminat memuji badan Fezrul yang semakin sasa.
Rakan-rakan artis turut memuji penampilan terbaru Fezrul.
"Ya Allah, hampir tak kenal tadi," kata Siti Fazurina.
"Pergh, baik ah," kaat Iswan Ismail.
"Aduh mak, padu weh," tulis Syamsul Yusof.
"Ripped bro," komen Alif Satar.
"Merecik hawau!" kata Adam Shahz.
Netizen juga memuji bentuk tubuh badan Fezrul dan memberi gelaran 'hot daddy' kepada pelakon itu.
Fezrul pernah mendirikan rumah tangga dengan Noorhafizah Zulkafli pada tahun 2012 tetapi berpisah pada 2015.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia lima tahun bernama Farrel Khan.
#pelakon #Fezrul Khan #Pelakon