Penyanyi, Heliza Helmi yang kini berada di Indonesia berdepan detik cemas apabila berlakunya gempa bumi pagi tadi.

Heliza menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.

Menurut Heliza, dia tersedar daripadanya tidur selepas merasakan tempat penginapannya bergoyang.

“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.

“Mula mula kakja blur, apa yang sedang berlaku, tapi hotel bergoyang-goyang ke kiri ke kanan dan gegaran itu agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi,” kongsinya.

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi)


Tambah Heliza lagi, dia mengetahui gegaran itu disebabkan gempa bumi selepas menghubungi pihak hotel dan mencari maklumat di internet.

“Perkara pertama terus capai apa jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa berlaku.

“Lepas tu, telefon hotel tanya. Depa beritahu ada gempa bumi! Innalilahi wanna ilaihi rojiun. Bila Google yang terkini belum dapat update.

“Selepas beberapa minit Google balik, sohih, memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ni alhamduliah,” coretnya.

Sementara itu, di ruangan komen ramai mendoakan Heliza dan suaminya berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah.

“Semoga selamat dan dipermudahkan urusan kakja,” @mieyranan

“Sama, kami sekeluarga di Bali pun rasa bergegar 3 4 kali juga. Anak-anak merengek tiba-tiba rasa bergegar. Semoga Allah lindungi kita semua,” @ffatysui

“Semoga selamat dan baik baik sahaja kakja serta semua,” @wanatiey25