The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Kyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi akan melabuhkan tirai malam esok.

Penonton setia program realiti ini pastinya ternanti-nanti akan kesudahan kisah mereka yang tinggal sementara di Hulu Langat, Selangor itu.

Seperti yang disaksikan dalam sedutan episod akan datang dalam episod lalu, Ezurin yang pada mulanya membatalkan hasrat untuk mengadakan BBQ Party berubah fikiran! Tiba-tiba, beliau kembali ceria dan mahu mengadakan parti tersebut.

Persoalannya, siapakah yang berjaya pujuk Ezurin? Adakah dia berubah fikiran selepas bercakap dengan Magie? Atau adakah anak-anaknya memujuk ibu mereka?

Persoalan itu akan terjawab malam esok, jangan lupa saksikan!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9.00 malam.

Kepada anda yang terlepas menyaksikan episod sembilan Rabu lalu, anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan menerusi aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.