Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

The House: Masing-Masing Tak Nak Kalah, Keluarga Kamal Atau Uqasha Menang Sukaneka?

Azwa Rahman
22/06/2022 11:17 MYT
Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose. 

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu. 

Untuk episod kesembilan pada malam ini, keluarga kedua-dua pihak berentap dalam acara sukaneka yang dirancang oleh Kamal dan Uqasha. 

Keadaan mula kecoh apabila semua ahli keluarga berperangai tidak mahu kalah. 

Pada sebelah malamnya, mereka menikmati BBQ sambil membongkar kisah Kamal dan Uqasha semasa kecil. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini. 

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) 

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go. 
 
#Uqasha Senrose #Kamal Adli #The House Kamal Uqasha