Hrithik Roshan Kritik Iklan Telefon Pintar: “Sad & Ignorant"
Maliah Surip
12/05/2024 11:58 MYT
12/05/2024 11:58 MYT
Aktor Hrithik Roshan menjadi selebriti terkini dunia yang menyelar iklan terkini keluaran syarikat gergasi, Apple.
Apple sedang menjalankan kempen produk terkininya iaitu iPad Pro dengan judul iklan Crush (hancur).
Tidak bersetuju dengan cara pengiklanan kempen tersebut, Roshan meninggalkan kritikan ringkas yang amat jelas.
Iklan Crush memaparkan bagaimana pam hidrolik memusnahkan karya sedia ada yang telah dicipta manusia sejak berabad lamanya demi menunjukkan kehadiran dan kehebatan ciptaan Apple.
Ia antaranya memaparkan pam hidrolik menghancurkan karya seni seperti alat muzik iaitu piano, kamera, tong cat, permainan video game serta ciptaan teknologi sebelumnya yang dihadirkan dalam warna warni dan ‘masuk’ ke dalam produk iPad Pro.
Pada naratifnya ia mendakwa produk yang ditawarkan sebagai paling nipis tetapi hebat.
Selain Roshan, bintang terkenal Hugh Grant terlebih dahulu mengkritik iklan tersebut. Ia menyifatkan iklan yang dipaparkan ‘membunuh’ pengalaman manusia.
Terdahulu Justine Bateman, Asif Kapadia dan Luke Barnett juga melahirkan pandangan mereka yang tidak bersetuju dengan wajah kempen baru Apple tersebut.
Melihat kepada banyak kritikan yang diterima, Apple kemudian menzahirkan permohonan maaf terhadap iklan yang telah dikeluarkan.
Iklan tersebut turut ditarik daripada ditayangkan di televisyen, lapor BBC News.

“Betapa sedih dan bodohnya iklan terkini Apple,” tuliskan di Instagram Story seperti dilaporkan Hindustan Times.
Iklan Crush memaparkan bagaimana pam hidrolik memusnahkan karya sedia ada yang telah dicipta manusia sejak berabad lamanya demi menunjukkan kehadiran dan kehebatan ciptaan Apple.
Ia antaranya memaparkan pam hidrolik menghancurkan karya seni seperti alat muzik iaitu piano, kamera, tong cat, permainan video game serta ciptaan teknologi sebelumnya yang dihadirkan dalam warna warni dan ‘masuk’ ke dalam produk iPad Pro.
Pada naratifnya ia mendakwa produk yang ditawarkan sebagai paling nipis tetapi hebat.
Selain Roshan, bintang terkenal Hugh Grant terlebih dahulu mengkritik iklan tersebut. Ia menyifatkan iklan yang dipaparkan ‘membunuh’ pengalaman manusia.
BERITA TRENDING: Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire KL Ditangguh!