HUAWEI nova 7 SE merupakan telefon pintar model terbaru yang menawarkan harga menarik pada RM1,499 sekaligus menjadikan ia telefon pintar 5G yang menawarkan harga paling mampu dimiliki di Malaysia!

Menariknya, anda juga berpeluang untuk memenangi The Triple Rewards jika anda mendapatkan HUAWEI nova 7 SE mulai 19 Jun ini seperti berikut :

Ya, dapatkan telefon pintar ini dan anda akan diberikan hadiah percuma bernilai RM1,256. Antara hadiah percuma yang akan diberikan adalah HUAWEI Band 4*, HUAWEI Cloud Storage - 15GB untuk setahun*, nova casing*, HUAWEI Video* (dibawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000*.

Dapatkan hadiah percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival 2020 dengan setiap pembelian*
Cabutan Bertuah AppGallery Carnival : Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Proton X70*

*Tertakluk pada tema & syarat
*Sementara stok masih ada

Berpandukan teknologi inovatif dan rekabentuk menarik, HUAWEI nova 7 SE direka untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk para pengguna.

Untuk mengukuhkan lagi pemahaman orang ramai mengenai kelebihan dan ciri-ciri telefon pintar ini, Pengurus Jenama HUAWEI nova, Isabel Koh tampil menjelaskan bagaimana model terbaru dalam siri nova ini mampu mewarnai kehidupan harian anda. Mari kita sama-sama saksikan video ini!


Untuk mengetahui lebih lanjut, mari baca tujuh sebab mengapa anda tidak mampu menahan diri daripada memiliki HUAWEI nova 7 SE ini.

1. Warna-Warna Menarik Mengikut Personaliti Anda



Kepada anda yang mementingkan nilai aestetik, inilah telefon pintar yang sesuai untuk anda. Hadir dalam tiga warna unik dan memukau, Siri HUAWEI nova 7 ini pasti mencuri perhatian orang sekeliling ketika anda memegangnya.

Untuk HUAWEI nova 7 SE, tiga warna tersebut adalah Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Yang penting, anda tidak perlu lagi bergantung kepada reka bentuk sarung telefon pintar kerana Siri HUAWEI nova 7 ini sudah cukup memukau pandangan dan melambangkan personaliti anda!

2. Tak Berat...Lebih Ringan Daripada Barang Solekan!



Matlamat utama Siri HUAWEI nova 7 adalah untuk menghasilkan prestasi penggunaan serta fotografi dengan baik. Untuk memastikan matlamat ini dapat dilaksanakan, Siri HUAWEI nova 7 telah telah direka secara minimalis untuk software dan hardware.

Ini bermakna, telefon pintar ini ternyata mampu menghasilkan prestasi penggunaan yang baik. Ruang dalaman di bahagian processor dan saiz motherboard juga telah diperkecilkan. Ia menjadikan Siri HUAWEI nova 7 ini ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja, kerana barang solekan pun lebih berat daripada telefon pintar ini!

3. Fotografi Menawan Dengan Kamera 64MP AI Quad



Kamera merupakan aspek penting dalam memilih telefon pintar, ia amat berguna dalam kehidupan seharian, tidak kiralah anda mengambil gambar bersama keluarga mahupun foto OOTD untuk dikongsi di media sosial.

Disokong oleh Kirin 820's dan keupayaan AI yang kuat, anda boleh menikmati kualiti fotografi berdifinisi tinggi, gambar malam yang memuaskan hati, serta kualiti video 4K tiada tandingan, semuanya dapat dihasilkan oleh kamera 64MP AI Quad ini.

Bukan itu sahaja, Siri HUAWEI nova 7 ini juga mempunyai kanta ultra lebar, makro dan bokeh yang menambahkan lagi efek kelas pertama dalam fotografi anda!

Untuk pengguna muda, sudah tentu mereka kerap mengambil gambar selfie, justeru, HUAWEI nova 7 SE 5G adalah telefon pintar yang paling sesuai untuk mereka. Kamera depan 16MP mampu mengguna pakai aperture besar f/2.0 dengan saiz piksel 1.0 um menjadikan kameranya lebih berupaya menangkap cahaya dan perincian dalam gambar yang diambil.

Kamera depannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 yang membolehkan pengguna mengambil gambar selfie di tempat bercahaya rendah. 'Noise' pula dikawal oleh BM3D algorithms manakala perincian dibantu dengan menyusun beberapa RAW frame bersama-sama. Jadi, kamera telefon pintar ini hanya memerlukan dua saat untuk menghasilkan kualiti gambar selfie yang menakjubkan.

4. Jangan Lepaskan Detik-Detik Penting, Dual View Membantu Anda!



Bagaimana jika anda mahu merakam momen menarik dan penting seperti ketika mengadakan kejutan hari jadi untuk rakan dan sebagainya?

Sudah tentu anda ingin merakam reaksi rakan dan apa yang anda lakukan pada masa yang sama kerana ia lebih menarik bukan?

Ya, ia tidak mustahil dengan Siri HUAWEI nova 7 ini kerana ia mempunyai teknologi Dual View ketika merakam menggunakan kamera depan dan belakang pada masa yang sama.

Kamera belakang juga dilengkapi kanta makro yang yang memudahkan anda melakukan 'close up' ketika membuat rakaman, kini detik istimewa dalam hidup anda akan lebih bermakna kerana ia dapat diabadikan sepenuhnya menerusi rakaman video!

5. Siri HUAWEI nova 7 40W Supercharge...Simpan Sahaja Power Bank Anda!



Pelbagai aktiviti seharian seperti menghadiri konsert, meluangkan masa bersama rakan di kompleks beli belah dan sebagainya memerlukan telefon pintar anda kekal digunakan sepanjang hari.

Namun, apa yang akan berlaku jika anda sibuk, tiada masa dan telefon pintar anda pula tidak mempunyai kuasa bateri mencukupi?

Persoalan ini terjawab dengan Siri HUAWEI nova 7 kerana ia dilengkapi dengan bateri besar 4000mAH dan 40W HUAWEI SuperCharge yang membolehkan telefon pintar anda mengecas 70% bateri dalam masa 30 minit sahaja. Ini merupakan kabar gembira untuk anda di luar sana, sekarang, anda tidak perlu risau ketika keluar berhibur ataupun melepak bersama rakan.

6. Telefon Pintar 5G Paling Mampu Dimiliki Di Malaysia!



Siri HUAWEI nova 7 menawarkan harga hebat yang paling mampu dimiliki di Malaysia. Dengan reka bentuk unggul, kualiti fotografi dan video yang tinggi, telefon pintar ini akan boleh didapati dengan harga kurang daripada RM2,000 sahaja!

7. Kongsi Maklumat Dan Berjumpa Secara Online Menggunakan HUAWEI Share & MeeTime



Kadang-kadang, kita mempunyai kesukaran untuk berkongsi maklumat penting daripada mesyuarat mahupun kelas pembelajaran, bagaimana untuk lakukannya dengan sangat mudah di hujung jari sahaja?

Kini anda boleh melakukkannya dengan Siri HUAWEI nova 7 yang menawarkan MeeTime yang mampu menyokong panggilan video 1080p FHD antara peranti HUAWEI.

Ia juga mempunyai teknologi pengecaman muka dan bertindak balas dengan baik dalam ruang bercahaya rendah demi memastikan kualiti video yang sangat baik dan jelas . Bukan itu sahaja, HUAWEI MeeTime juga menyokong Kongsi Paparan (Screen Sharing) dan Mod Cantik.

Dengan HUAWEI Share pula, pengguna boleh menikmati kemudahan berkongsi fail atau maklumat dengan hanya menggerakkannya di skrin dan boleh dihantar kepada penerima dengan cepat.
Semua ciri di atas mampu menjadikan Siri HUAWEI nova 7 sebagai telefon pintar yang cukup moden, mudah diguna dan menghiburkan anda.



HUAWEI FreeBuds 3i



HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 SE dan berharga RM399 sahaja.



HUAWEI AppGallery

Kebanyakan aplikasi kegemaran ramai rakyat Malaysia seperti Maybank2u, Facebook, rhb, Shopee, Lazada boleh didapati menerusi AppGallery dalam nova Series. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Ganjaran HUAWEI Member Center

Peminat HUAWEI boleh bergembira! Dengan setiap pembelian HUAWEI nova SE, anda dapat menikmat pelbagai makanan enak yang bernilai sehingga RM1,000! Dengan hasil Kerjasama HUAWEI bersama AirAsia BIG, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, , Puma, Texas Chicken dan banyak lagi, anda boleh menikmati pelbagai ganjaran daripada pembelian HUAWEI nova 7 SE ini!

Kami ada satu lagi ganjaran hebat, Diamond Royale Voucher untuk kaki games!

Langkah untuk redeem:

1. Buka aplikasi Huawei AppGallery > Select ‘Gift’ tab > Claim Free Fire ‘Diamond Royale’ gift > Copy code

2. Layari ke https://reward.ff.garena.com > Log in akaun Free Fire anda > Masukkan kod redeem anda > Click ‘Confirm’

Raikan Bersama HUAWEI AppGallery Carnival

Ini merupakan salah satu daripada sambutan besar bersama kami! HUAWEI AppGallery Carnival telah Kembali bermula 19 Jun sehingga 30 Jun 2020 ini. Kelilingi diri anda dengan tawaran hebat dan jangan lepaskan peluang memenangi pelbagai hadiah daripada cabutan bertuah yang bernilai RM2 juta ringgit! Tersedia di semua HUAWEI Experiences Stores (HES), hadiah-hadiah menarik adalah merangkumi Proton X70 dan 500 scooter elektrik.

Sekiranya anda tidak mahu menunggu 19 Jun, sila kunjungi Huawei Store untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi? Aturkan masa anda sebaiknya kerana anda berpeluang memandu sebuah kereta baharu!



Sila kunjungi cawangan HUAWEI berdekatan anda atau klik sini untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kelebihan nova 7 SE. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana HUAWEI juga menawarkan pakej ansuran serendah RM5.20 sehari untuk mengurangkan beban perbelanjaan anda, tunggu apa lagi? Klik sini untuk informasi selanjutnya!