Hiburan

Hubungan Cinta Masih Tidak Mendapat Restu Keluarga Kekasih - Luna Maya

gempak
Ahmad Shah
08/11/2016
10:35 MYT
Sponsor Banner
Hubungan Cinta Masih Tidak Mendapat Restu Keluarga Kekasih - Luna Maya
Pelakon Luna Maya mengakui masih memasang niat untuk berkahwin walaupun usianya kini telah mencecah 33 tahun.
Meskipun, telah menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun bersama kekasihnya iaitu Reino Barack namun mereka masih belum mempunyai rancangan untuk berkahwin.
Menurut laporan Liputan6.com, keluarga Reino Barack dikatakan masih tidak merestui hubungan anak mereka bersama Luna.
"Kini masalah tidak mendapat restu itu bukanlah sesuatu yang besar kerana mungkin mereka masih tidak sependapat.
"Semua hubungan entah dengan siapa pun itu pasti mempunyai tujuan, jadi saya serahkan perkara ini kepada tuhan yang menentukan jodoh kami," kata Luna.
Sementara itu, menurut Luna Maya, keluarganya tidak pernah menghalang dirinya untuk bercinta atau berkahwan dengan sesiapapun dalam mencari pasangan hidup.
"Ya, sebenarnya keluarga saya tidak pernah kisah mengenai dengan siapa saya mahu berkawan atau bercinta.
"Ini kerana mereka berangapan bahawa saya seharusnya pandai dalam mencari pasangan hidup untuk menghabiskan masa suka dan duka bersama pasangan," katanya.
Namun, sehingga kini Luna mengakui masih lagi tidak mempunyai target untuk berkahwin bersama kekasihnya.
Olahan: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Liputan6.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live