Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Hubungan Dengan Ibu Sudah Baik, Aliff Syukri Kongsi Momen Pertemuan Dengan Bonda Rozita - “Segala Emosi Sudah…”

Asyikin Mayudin 27/04/2025 | 01:14 MYT

Hubungan yang dingin kembali jernih apabila usahawan Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida bertemu dengan ibu mereka iaitu, Bonda Rozita.

Berjumpa di sekolah

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff bersyukur akhirnya dapat berjumpa dengan ibunya ketika majlis sukan di sekolah anak dan adik-adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungan Dengan Ibu Sedikit Dingin” – Aliff Syukri Luah Rasa Sedih, Mahu Yang Terbaik Untuk Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Kecewa Anak-Anak Terheret Dalam Isu Keluarga - “Saya Percaya Ibu Mereka Adalah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-Anak Terheret Dengan Isu Keluarga, Shahida Mohon Maaf - “Apabila Perkara Ini Berlaku Pasti Akan…”

“Tak salah kalau kita mengalah. Dah lama tak berjumpa dengan bonda saya. Sejak isu hangat ni, saya memilih untuk berdiam dan tidak berjumpa. Lagi pun tak nak ganggu orang tengah darah manis.

“Tapi percaturan Allah itu besar… hari ni (Sabtu) dengan izin Allah kami berjumpa di majlis sukan sekolah anak saya, kebetulan adik saya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak saya.

“Tak akan saya nak lari kot jumpa mak saya… saya mengalah la,” kongsinya.

Syukur dah berbaik

Pada perkongsian yang sama, Aliff memberitahu pertemuan itu juga telah merungkai segala yang terjadi dan emosi juga ditolak tepi.

Malah usahawan sensasi ini turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan dia sekeluarga kembali baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Pertemuan ni merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi. Kri dan anak-anak lain sayang mak sampai bila-bila.

“Adalah mana ada keluarga yang bahagia sahaja kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah kena banyak bersabar… kena banyak berdiam.

“Alhamdulillah ada manis di penghujungnya. Terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia amin amin ya Rabbal alamin saya hargai sangat,” katanya.

@papalarisofficial

k salah kalau kita mengalah 🙏🏻🙏🏻❤️ . . Dah lama tak berjumpa dengan bonda saya,sejak isu hangat ni,saya memilih utk berdiam dan tidak berjumpa…. Lagi pun x nak ganggu org tgh darah manis.. tapi percaturan allah itu besar… hari ni dgn izin Allah kami berjumpa di Majlis Suka sekolah anak saya,kebetulan adik saya juga bersekolah di sekolah yg sama dengan anak2 saya..tak akan sy nak lari kot jumpa mak sy..sy mengalah lahh…..pertemuan ni merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi….. KRI dan anak2 lain sayang mak sampai bila2…. adalah mana ada keluarga yang bahagia sahaja kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah kena banyak bersabar.. kena banyak berdiam alhamdulillah ada manis di penghujungnya❤️❤️ terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia amin amin ya Rabbal alamin saya hargai sangat

♬ original sound - Aliff Syukri Kamarzaman

#Aliff Syukri #Nur Shahida #Bonda Rozita #Rebecca