Tiada angin tiada ribut, Gempak mendapat perkhabaran yang mendakwa hubungan aktor Nazrief Nazri dan kekasihnya diganggu orang ketiga yang merupakan pelakon wanita baru.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya merupakan rakan kepada kekasih Nazrief dan menuduh pelakon wanita baru itu menjadi perampas.

Dalam tweet tersebut, pengguna Twitter itu mendakwa Nazrief sudah bertunang dengan kekasihnya yang merupakan seorang model hijab dan timbul juga dakwaan yang mengatakan hubungan mereka diganggu oleh wanita terbabit.
















Nazrief juga dilihat membuat penampilan di sesi Live Instagram pelakon wanita baru itu.







Kekasih Nazrief juga dilihat membuat luahan hati di ruangan Instagram Stories miliknya.



Difahamkan, Nazrief telah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya selama lebih setahun.

Menerusi laporan BH Online pada Mei 2018, Nazrief memberi kenyataan yang dia bakal melamar kekasihnya pada tahun ini.