Laman Utama
Hukum Pasangan Selebriti Tayang Kemesraan, Ustaz Wadi ; “Puluhan Ribu Orang Tengok Aurat Isteri Kamu”
Pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Wadi menegur tindakan pasangan selebriti yang memuat naik video aksi mesra berendam dalam jakuzi yang mejadi kontroversi baru-baru ini.
Menerusi video di TikTok, Ustaz Wadi berkata dia menerima pertanyaan daripada seseorang yang ingin mengetahui apa hukum mempamerkan kemesraan secara umum biarpun sudah bergelar suami isteri.
“Berapa hari lepas ada orang tanya saya. Dia tunjuk video. Beberapa saat pasangan suami isteri mandi. Semua orang tengok. Pakai baju yang tak berapa lengkaplah.
“Dia kata ustaz apa hukumnya menayangkan kasih sayang pasangan suami isteri ini di khalayak ramai?
Kasih sayang di antara suami isteri itu adalah pahala yang besar.
“Tetapi ketika mana ditayangkan dalam keadaan tidak menutup aurat itu dia jadi dosa besar,” kata Ustaz Wadi.
Dalam pada itu, Ustaz Wadi turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang tidak menjalankan tanggungjawab menjaga aurat dan maruah isteri.
“Dalam masa satu hari puluhan ribu orang tengok aurat isteri kamu. Sepatutnya kamu yang selamatkan dia daripada mendedahkan aurat. Sepatutnya kamu yang rasa marah apabila isteri kamu mendedahkan aurat.
“Tiba-tiba kamu pula bangga, kamu pula susun. Kamu pula tayang aurat isteri kamu untuk ditatap dengan bangganya oleh puluhan ribu orang. Mana maruah seorang suami? Mana maruah?” tegasnya lagi.
Meskipun, Ustaz Wadi tidak menyebut nama pasangan selebriti itu namun rata-rata netizen dapat meneka ia ditujukan kepada pelakon Fasha Sandha dan suaminya aktor Aidil Aziz.
Ia berikutan Fasha ada berkongsi video tersebut di Instagram miliknya sehingga mengundang kecaman netizen yang menganggap aksi itu tidak sesuai dipaparkan secara umum biarpun mereka sudah berkahwin.
Fasha ketika ditemu bual Gempak pada Sabtu lalu bagaimanapun berkata berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow selepas video dia bersama suami tular.
Must-Watch Video