Laman Utama
“Kita Lebih Hargai Yang Follow” - Video Kontroversi Tak Halang Pengikut Fasha Sandha Bertambah 25,000
Pengikut Instagram pelakon Fasha Sandha bertambah secara mendadak selepas video berendam dalam jakuzi bersama suaminya menjadi tular.
Sentiasa bersikap positif, Fasha berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
“Sebenarnya follower saya naik 25,000. Saya baru sahaja buat semakan lepas video viral. Ramai yang follow sebenarnya berbanding unfollow.
“Kita lebih menghargai kepada yang follow. Yang unfollow tu kita biarkan sahaja.
“Mungkin lokasi video tersebut dianggap tidak sesuai kerana ia di tab mandi. Kalau di taman rasanya tiada masalah,” ujarnya.
Fasha ditemui ketika majlis pelancaran produk Beunita di Willow Hall, Forest Valley , Cheras, Selangor pada Sabtu.
Mengulas mengenai video tersebut, Fasha berkata dia tidak meletakkan kesalah itu kepada netizen yang banyak meninggalkan komen negatif.
“Saya tak boleh nak kawal apa yang orang fikir. Saya buat kerana saya rasa ia tidak salah. Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing.
“Niat saya berkongsi bukan untuk menunjuk kemesraan, tetapi inilah momen yang akan kami ingat di masa akan datang.
“Seperti yang telah saya katakan video tersebut kerana menjalankan tugas. Saya buat kerana saya rasa tidak salah.
“Saya menerima jadi duta produk ini selepas menggunakan dan mendapat kesannya. Saya tidak akan jadi duta kalau tidak menggunakan sendiri.
“Video tersebut saya simpan dahulu di media sosial dan akan upload semua versi penuh hari ini (Sabtu),” jelasnya.
Terdahulu, tindakan Fasha memuat naik video memaparkan aksi mesra bersama suami di dalam jakuzi atau tab mandi telah mengundang kritikan orang ramai.
Malah ada segelintir netizen yang menyifatkan tindaka aktres itu kurang sopan memandangkan dia merupakan seorang public figure.
Must-Watch Video