Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hukum Wanita Mengenakan Solekan Kembali Jadi Perbincangan Hangat, Ini Padangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Gempak
10/06/2024 13:55 MYT
Manusia dan solekan sudah seperti tidak boleh dipisahkan. Baik perempuan mahupun lelaki, solekan sudah dianggap sebagai satu perkara rutin jika seseorang itu mahu tampil menarik dan cantik.

Namun, menerusi perbincangan netizen baru-baru ini, terdapat pelbagai ‘respons baharu’ mengenai solekan apabila seorang wargamaya berkongsi tentang pendapat seorang pendakwa bebas Sheikh Wael Ibrahim.

Menerusi perkongsiannya, individu tersebut bertanya kepada Sheikh Wael mengenai hukum bagi wanita menggunakan solekan.



Menerusi perkongsian berkenaan, Sheikh Wael berkata yang penggunaan solekan atau mekap jika untuk dilihat oleh orang lain adalah haram.

Berikut merupakan respons yang ditinggalkan oleh pengguna platform X yang lain:



Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berpandangan tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai gincu bibir serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj.

Selain itu, perkara tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat).

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim Berhabis Kira-Kira RM50K Beli Wardrobe Demi Drama - "Untuk Menghayati Watak, Saya Dah..."

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."

ARTIKEL BERKAITAN: Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"

ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose Mengaku Pernah Down, Jadikan Kutukan Netizen Sebagai Konten

Sebelum ini, penulis buku agama dan pendakwah, Muzayyanah Abdullah juga pernah mengulas mengenai pengertian tabarruj iaitu perbuatan wanita berhias secara berlebihan dengan menampakkan perhiasan dan anggota tubuh hingga menarik perhatian lelaki bukan mahram.

Muzayyanah berkata, meskipun dibolehkan bersolek, wanita perlu tahu batas yang ditetapkan dalam agama, manakala bentuk yang dibenarkan seperti menutup cela dan menghilangkan kusam di wajah.

“Solekan yang tidak dibenarkan Islam adalah hingga menukar rupa paras yang Allah SWT ciptakan seperti menambah bulu mata palsu dan mengoles pipi, kelopak mata dan bibir dengan warna terang dan melampau,” katanya.

Sumber: Platform X, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, BH Online

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#wanita #Mufti #Hukum wanita bersolek #Wanita dan solekan
;