Hukuman Seungri Dikurangkan Kepada 1 Tahun 6 Bulan Pada Perbicaraan Rayuan
Izwan Isa
28/01/2022 05:50 MYT
28/01/2022 05:50 MYT
Semalam, 27 Januari 2022, Mahkamah Tinggi untuk Angkatan Tentera di Korea Selatan menjalankan perbicaraan rayuan bagi penyanyi Seungri.
Seungri atau nama sebenarnya, Lee Seung Hyu, 32, kini memiliki sembilan pertuduhan termasuk pelanggaran Akta Hukuman Berat dsb. Bagi Jenayah Ekonomi Khusus, pelanggaran Akta Sanitasi Makanan, penyelewengan, pelanggaran Akta Kes Khas Berkenaan Hukuman, dsb. Bagi Jenayah Seksual, kebiasaan perjudian, pelanggaran Akta Transaksi Pertukaran Asing, pengantaraan pelacuran, pembelian perkhidmatan pelacuran dan hasutan keganasan khas.
BACA: Skandal Pelacuran: Seungri Dihukum Penjara Tiga Tahun
Dalam perbicaraan rayuan tersebut, jabatan kehakiman menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan kepada Seungri, yang merupakan pengurangan hukuman daripada hukuman pertamanya iaitu tiga tahun penjara, bersamaan denda 1,156,900,000 won (RM4.17 juta).
Sebelum ini, Seungri dan pihak pendakwaan tentera telah memfailkan rayuan terhadap hukuman asalnya.
Hukuman yang dikurangkan tersebut seperti mengikuti perubahan pendirian Seungri. Dalam perbicaraan asal, Seungri telah menafikan lapan daripada sembilan pertuduhannya tidak termasuk pelanggaran Akta Transaksi Pertukaran Asing.
Bagaimanapun, dia mengakui semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dalam perbicaraan rayuan dan menyatakan rasa kesalnya.
BACA: Siasatan Bakal Berakhir, Polis Mohon Waran Tangkap Terhadap Seungri
Susulan perbicaraan pertama tahun lalu, Seungri kini dipenjarakan selepas ditahan oleh mahkamah.
Kedua-dua Seungri dan pihak pendakwaan tentera tidak merayu kepada Mahkamah Agung, jadi dalam kes hukuman rayuan dimuktamadkan, Seungri akan dibebaskan selepas menjalani satu tahun dan sebulan berbaki daripada hukumannya. Perbicaraan ketiga akan dijalankan oleh Mahkamah Agung Korea.
Terdahulu, Seungri merupakan antara selebriti yang terlibat dengan Skandal Burning Sun, iaitu skandal hiburan dan seks di Korea Selatan.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.